Kami Nak Buat BBQ

Saturday, July 30, 2011

Niat Puasa Sebulan & Harian, Doa Berbuka & Selepas Berbuka Puasa



Bulan Ramadhan dah semakin dekat. Dalam minggu depan je, InsyaAllah, umat Islam akan mula menjalani ibadah puasa. Berikut ada lafaz niat berpuasa di bulan Ramadhan harian, niat berpuasa sebulan Ramadhan, doa berbuka puasa dan doa selepas buka puasa.

NIAT PUASA RAMADHAN (HARIAN)
Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala

NIAT PUASA SEBULAN RAMADHAN
Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta”ala

DOA BERBUKA PUASA
Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.

DOA SELEPAS BERBUKA PUASA

Ya Allah! Kerana Engkau aku berbuka puasa dan kepada Engkau aku beriman dan atas rezeki dari Engkau aku berbuka puasa telah hilang dahaga sudah menjadi basah segala urat. Ya Allah! Aku minta diampuni dosaku dengan rahmat Engkau yang meliputi segala sesuatu.

Sambutlah kedatangan Ramadhan dengan berdoa kepadaNya dengan tulus ikhlas:
“Dengan nama Allah yang maha pemurah dan penyayang. Segala puja dan puji bagi Allah yang telah memuliakan akan kami dengan naungan bulan Ramadhan, yang turun padanya malaikat-malaikat dan roh-roh yang mulia selawat dan salam atas junjungan kami Muhammad dan atas keluarga dan sahabat yang mulia, kami mohon kepadamu ya Allah, pemeliharaan keamanan memasuki bulan Ramadhan dan tetapkanlah kami berpuasa Ramadhan, rahmatilah kami dan berkatilah dalam berpuasa Ramadhan, dan perbaikilah segala keadaan kami dan akhlak kami dan sekalian amal kami dalam bulan Ramadhan, ya Allah lanjutkan usia kami ini dengan berkat Ramadhan dan jadikanlah puasa kami ini mengikut segala puasa yang dipuasakan oleh nabi kami Muhammad s.a.w dengan rahmatMu ya Tuhan yang maha pengasih dan penyayang. Kesejahteraan dan keselamatan atas Nabi Muhammad dan segala puja dan puji bagi Allah tuhan seru sekalian alam”.
Mudah-mudahan, dapatlah kita sama-sama menghayati bulan Ramadhan bulan yang penuh keberkatan ini, dan menjalani Ramadhan kali ini lebih baik dan penuh makna, berbanding tahun-tahun sudah.

Lafaz niat puasa Ramadhan, lafaz niat puasa sebulan Ramadhan, doa berbuka puasa dan doa selepas berbuka puasa diambil dari zelo55.commanakala doa menyambut kedatangan ramadhan diambil dari buku Himpunan 75 Solat-solat Sunat.

Thursday, July 28, 2011

Duit Syiling Baru (Siri Ketiga)

Photobucket

Ciri-ciri unik yang mencorak budaya dan warisan negara menjadi sumber inspirasi dalam reka bentuk duit syiling Malaysia siri ketiga ini. Dengan tema 'Keunikan Malaysia', reka bentuk baharu duit syiling ini memaparkan motif-motif seni kraftangan tradisional dan keindahan flora dan fauna negara. Duit syiling ini menyerlahkan identiti kebangsaan Malaysia yang kaya dan pelbagai dengan begitu indah sekali.

Ciri-ciri Am:

Bahagian hadapan setiap denominasi memaparkan motif berbeza, 14 titik untuk melambangkan 13 negeri dan Wilayah Persekutuan dan (kecuali duit syiling 50 sen) lima garis mendatar bagi menggambarkan prinsip-prinsip Rukun Negara.

Bahagian belakang duit syiling pula memaparkan motif Bunga Raya atau Rosa-sinensis, iaitu bunga kebangsaan Malaysia, tahun penempaan, nilai muka duit syiling dan perkataan 'BANK NEGARA MALAYSIA'.

Video:

Sunday, July 24, 2011

aku dan CINTA...

AKU DAN CINTA…

Hari ini aku nak bukak kisah jiwang sikit…kenapa  aku anti sangat bercinta…??? Adat orang muda..jiwa muda..suka ikut atau terbawa-bawa dengan perasaaan yang baru-baru berjinak mengenali erti berpasangan atau gatai nak bernikah.Aku tidak pernah melawan fitrah alam..aku redha dengan perasaaan ini...tetapi aku masih tercari-cari jalan untuk meluahkannya di tempat yang betol..biarlah apa orang cakap asalkan aku bahagia..mencari keredhaan manusia sampi mati kita tidak akan temui...sudah banyak cerita dan artikel yang aku baca mengisahkan cinta..Walaupun aku memang sangat anti dengan romantik jiwang karat dan seangkatannya..tapi ia hanya dari sudut prinsip aku tetapi bukan dari sudut perasaan…

Aku pun tak faham dengan perangai dan perasaan aku..adakah aku ini terbawa-bawa dengan jiwa muda ataupun sekadar suka-suka..confuse aku bermain dengan perasaan ini..YA ALLAH..bantulah hambaMU ini YA ALLAH..sesunggunnya ini ujian buatku..aku kagum denganMU YA ALLAH menciptakan makhluk yang bernama “perasaan” sehinggakan pemiliknnya sendiri tidak faham akan dirinnya..

Saturday, July 23, 2011

Yahudi,Kristian,Islam..kita SATU...


Assalamualaikum..semua..disini saya ingin berkongsi satu cerita yang menarik untuk menambahkan ilmu pengetahuan.Selain itu juga,menambahkan KEIMANAN kita kepada tuhan yang satu iaitu Allah.S.WT..

sinopsis video  THE DIVINE BOOK ini: memberi penerangan dan jawapan tentang apa yang menyebabkan kelahiran agama Yahudi,Kristian dan Islam di dunia ini.sebenarnnya kita berasal dari satu agama sahaja,iaitu Islam.semua nabi menganut agama Islam yang bermaksud menyerahkan diri kepada tuhan yang satu...

Perbezaan antara kita adalah satu kospirasi yang dicipta untuk memastikan kita semua tidak bertuhankan tuhan yang satu iaitu Allah S.W.T.Kitab-kitab Taurat Injil diubah untuk memastikan kandungannya berlawanan dengan Kitab Suci Al-Quran.sesungguhnnya ajaran yang dibawa semua nabi adalah satu..SATU TUHAN,SATU PESANAN...

Pandangan Peribadi:Saya kurang bersetuju tentang artikel-artikel yang mistik,sepertiALTER TERAHSIA BANGSA MELAYU,PIRAMID MELAYU ,cerita mitos KAUM MAYA dan seangkatannya..adakah ia betul-betul wujud..atau sekadar mengaburi mata kita dari mencari kebenaran seperti video ini.Sehebat mana pun sesuatu bangsa,sesuatu kaum…kalau tidak menyerah diri kepada tuhan yang satu,Islam..maka ia didalam kalangan kaum yang rugi…

saya lampirkan Video yang bertajuk THE DIVINE BOOK di bawah ini yang terbahagi kepada 10 episode bagi memudahkan penerangan ini.semoga kita dapat mencari kebenaran yang telah lama disorok..sekian...P/s: tengok sampi habis na....he3...

bahagian 1: CABARANNYA                                                                         














Gereja Terbesar Asia di bina di Kuala Lumpur, Malaysia

Assalamualaikum wbt..

saya tergerak tuk buat entry pasal ni sebab saya pon bru tau td..d akhir tazkirah ustaz bgtahu pasal gereja ni..yg tgh proses nk disiapkan kt bukit jalil...mari kita tgk n pikirlah mane yg baik utk kita semua n utk agama ISLAM kita !! sy takut sgt tgk web pasal gereja ni.. www.­calvary.­org.­my sy rasa NWO (new world order) diorg da makin hampir pada saatnya... moga kita semua bersedia mghadapi golongan pemuja dajal tu semua...ni bukan mende main2...mereka makin dekat...mereka ada dikalangan kita...beringatlah...kuatkanlah pegangan agama kita...sentiasalah berzikir..menyebut nama ALLAH..moga hati kita semua terhindar dari fitnah dajal..ketua kospirator dunia...

bacalah! tgklah! fikirlah! sedarlah!! bertindaklah!

The Calvary Convention Centre Bukit Jalil

info ni diambil dari laman web rasmi calvary church...seperti web tertera di atas,,tapi web ni skrg da xleh bukak..n mase sy nk ambik info lam web tu pon mmg susah sgt..n web tu mcm da corrupted..


Wednesday, July 20, 2011

STANDARD LA TU..???




“Standard a tu”..”biasa la tu”….semua ni menjadi buah mulut yang biasa dalam masyrakat kita..
Najib: gila ah awek tu pakai baju ketat…
Dolloh: ”biasaq la tu”…
Najib: mung biar betol…nampok jolor tu..
Dolloh:” standard a tu”

Tanpa kita sedari..ucapan yang kita sebut sehari-hari..bagaikan mendoakan keredhaan perkara-perkara mungkar lagi pelik merebak ke dalam masyrakat kita.Apa yang gua kesal,ramai yang tidak ambil kisah tentang hal ni..mungkin hari-hari mengadap cerita atau suasana yang sama menyebabkan kita terlebih selesa.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...