
KayaNya Mu Ya Allah…
Menjadikan manusia sebaik-baik ciptaan..tetapi manusia tidak pernah sedar akan kelebihan yang dikurniakan oleh Allah berbanding makhluk yang lain…manusia memang unik..terlalu unik sehinggakan sesiapapun tidak dapat menjangkakan tingkah laku manusia selain penciptanya…
Ada yang kurus,gemuk,hitam,putih,tinggi,rendah,gila,genius ,cina dengan bau cina,hindu dengan bau hindu,melayu plak ngn tongkat Alinya..he3..kalau nak cerita sampi kiamat tak habis..he3..Pelbagai karenah sang makhluk yang bernama manusia..ada yang bertudung tetapi perangai pulak hancur..ada yang pandai agama tapi tak pulak beramal dengannya..ada yang mengaku pembela agama Islam,tetapi budaya bukan Islam jugak yang dia pertahankan…pelik2…
Revolusi Tunisia,Mesir ,Yaman dan Bahrain memberi pengajaran besar buat pemimpin dunia bahawa manusia memang sukar diramal.Televisyen dan radio ditapis,internet disekat,bekalan makanan dicatu,dibuang kerje dan pelbagai lagi sekatan dibuat untuk mengawal tingkahlaku manusia .“Ibarat spring apabila semakin ditekan ,semakin kuat spring itu melawan” inilah fenomena yang telah melanda Dunia arab.Pemimpin yang kejam akhirnya dijatuhkan dengan aib oleh kebangkitan rakyat marhan…manusia sendiri pun tidak faham perangai manusia..tidakkah kita berasa pelik???…betapa agungnnya Allah S.W.T mencipta manusia sebaik-baik ciptaan..
Sombongnnya manusia bukan kepalang,sehinggakan hukum Allah S.W.T dijadikan bahan jenaka..adakah kita lebih hebat dari pencipta kita sendiri.Kes Jenayah,zina,buang bayi ibarat kanser yang semakin menular..Pak2 menteri sampai botak kepala berfikir untuk menyelesaikan masalah ini..tetapi manusia tetap manusia…yang terang lagi bersuluh Al-Quran dan Hadis tidak lagi mahu digunakan sebagai rujukan..tetapi sibuk pula mencari cara yang diimport dari barat..mulalah lahirnya sekolah harapan,kondom free dan pelbagai lagilah perkara merapu yang dilaksanakan..manusia seperti inilah diibaratkan "bodoh tak boleh di ajar….cerdik tak boleh berfikir.."
Sehebat manapun teknologi yang ada sekarang ,masih lagi tidak mampu menandingi kehebatan manusia..kelebihan manusia ialah dapat menyesuaikan diri dengan setiap persekitaran dan halangan.Manusia tidak pernah kaku seperti mesin..inilah luar biasannya manusia…manakan tidak..Mas Selamat Kastari pengganas Indonesia pun dapat bolos dari kawalan ketat pusat tahanan Singapura..tidakkah kita berfikir akan apa yang telah berlaku di depan mata kita..…
Setiap manusia ada maasalah yang tersendiri,cikgu dengan masalah sekolahnya,doktor dengan pesakitnya,pelajar dengan peperiksaan,tok bomoh dengan hantunnya..he3..kita tidak dapat lari dari masalah,,yang hidup perlu menghadapi maasalah untuk terus hidup..hidup ini ibarat cerita atau carekarama…manusia sebagai watak..maasalah adalah skrip…tanpa skrip kakulah cerita tersebut..setiap hari lakukan perkara yang sama….tetapi ingatlah setiap orang yang bersabar diberi ganjaran pahala bukanlah sia-sia…
Manusia oh manusia,aku juga seorang manusia yang suka memerhatikan tingkah laku orang lain..pelbagai watak dan ragam.ada yang menyakitkan hati,ada yang menghiburkan hati,,ada juga yang membuatkan hati ini berdegup kencang..he3..jiwang oiii...jodoh pertemuan,ajal maut di tangan tuhan..ingatlah wahai manusia, hidup kita berbeza..tetapi tempat pertemuan kita sama di alam roh dan di padang Masyar….dimanakh kita akan ditempatkan nanti…Syurga atau Neraka…????....sama-samalah kita berusaha menjadi manusia yang beriman apabila kembali di sisiNYA
Kata renungan..Tidak semua yang menutup aurat itu beriman ,
Tetapi semua yang beriman itu PASti menutup aurat…
No comments:
Post a Comment