Kami Nak Buat BBQ

Tuesday, July 19, 2011

UkHuWAH kerana ALLAH

selesai solat maghrib dipusat islam malam tu, aku mengambil sedikit masa utk muhasabah diri sambil berzikir, sedang bibirku melantuni kalimah2 yg mengagungkan ZAT aku didatangi seseorang yang aku hormati keperibadiannya.

susuk tubuhnya kecil, tampak berbekas di wajahnya yang bersih kesan2 sujud berkat wudu' dan qiamulailalnya, dia menghampiriku dgn senyuman terukir dibibirnya...

dia duduk bersila, smbil memegang pahaku dia bertanya..
" ceq.. sibuk tak?? ceq kna tolong abg arinie "

" taklah abg, tak sibuk pon. Knpa abg?? tolong apa?? "

"tolong gantikan ustaz zamri utk kuliah maghrib bleh??"

"perghhhhhh.... abg gila kut. ceq tak berani arghh, segan!!, malu!!"

"segan apanya, pakai baju, pakai seluaq kann.."

"memang la pakai baju, pakai seluaq abg, takkan sembahyang pon nak buat loqlaq kut, ish, abg neii..abg ja lah yang bagi kuliah.. nnti klou ceq bagi kuliah merapu abih nnti"


“takpa, abg ada”, lantas dia menarik tanganku menuju ke mihrab pusat islam. Dia mencapai microfon kecil lalu memberi salam dan memohon maaf diatas urusan peribadi ustaz yang tidak dapat menyampaikan kuliah pada hari itu.

“assalamua’laikum, ana wakil ustaz ingin minta maaf disebabkan ustaz tidak dapat mengisi kuliah pada hari ini. Tapi insyallah, kuliah ringkas akan diganti dan akan disampaikan oleh sahabat kita. Tanpa melengahkan masa ana menjemput sidik sigaraga bin sidik sepakraga untuk berkongsi ilmu dan memberi sedikit pengisian mendidik jiwa, insyallah.”

Tercengang aku seketika. Terasa degupan jantungku seakan menerobos keluar dari tulang-tulang dada. Aku bangun, lalu mengambil posisi ustaz tatkala beliau sering menyampaikan kuliah. Sedang pada ketika itu, otakku sedang ligat berikhtiar dan berfikir.

“ish, nak cakap apa nei haa??” getus hatiku

Tiba-tiba aku terpandang kitab karya imam al-ghazali yang begitu mahsyur, ihya’ ulumuddin yang berada ditangga mimbar khutbah. Pantas tanganku mengambilnya, sedangkan mata-mata para jemaah lain sibuk memerhati tingkahlaku yang jelasnya aku agak mengelabah ketika itu.

Untuk mengawal reaksi mukaku yang dah mula merah macam traffic light, aku membetulkan microfon yang berada dihadapanku agar lebih jauh dari mulutku. Tujuannya satu, untuk memperlahankan suaraku.

Aku buka kitab ihya ulumuddin dengan lafaz basmalah dan selawat untuk mengubat rasa gementar dan untuk melancarkan kata-kata peringatan yang bakal aku ungkapkan sebentar lagi.

Tanganku laju menyelak helaian demi helaian untuk mencari bab yang mudah untuk aku sampaikan, tiba-tiba tanganku terhenti dibab persaudaraan dan persahabatan.

“insyallah, bab neh aku boleh hurai, dan orang mudah faham,” bisik hatiku.

“bismillahir rahmanir rahiym

Alhamdulillah, nahmaduhu wa nastainuhu wa nastagfiruhu wa na'uzu billahi min shururi anfusina wa min sayyiati a'malina may yahdihillahu fala mudillallah wa may yudlill fala hadiyala, Ashadu Allah ila ha ilallahu wa shadu ana Muhammadu rasulullah… Amma ba’du

assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh muslimin dan muslimat yang dirahmati ALLAH.


ورجلان تحابَّا فى الله اجتمعا عليه وتفرَّقا عليه


warajulaani tahab'ba filllah ijtamaa' a'laihi watafar'raqa a'laihi...


antara golongan yang akan mendapat naungan ALLAH taala pada hari yang tidak ada naungan melainkan naunganNYA adalah dua org yg berkasih sayang kerna ALLAH…yang bertemu dan berpisah keranaNYA..

**********************

itulah tazkirah aku yang pertama kepada orang ramai, bab pertama yang aku pilih untuk pengisian iaitu UKHUWAH KERANA ALLAH.

Bagiku, ukhuwah adalah..
tatkala 2 hati bertaut kasih, bersandarkan kpd yg MAHA ESA, lantaran itu hubungannya diberkati. Mereka saling melengkapi, saling menasihati tentang kebenaran dan kesabaran.
Tika itu TERSIMPULAH IKATAN UKHUWAH atas dasar kalimah syahadah. Maka akan terpandulah sebuah perjuangan dgn kesungguhan, setiap kepayahan digalas bersama dmi ALLAH dan RASULNYA. Ukhuwah itu indah, jika terasnya AKIDAH, rohnya DAKWAH, jasadnya USRAH dn JAMAAH...

Hubungan persaudaran itu mempunyai hak yang perlu dipenuhi oleh kita, antaranya

1.Hak memelihara ucapan

2.Hak memelihara lidah dan hati

3.Hak mendoakan

4.Hak memberi kemudahan

5.Hak memberikan bantuan.

Semua ini jelas menunjukan bahawa mahabbah yang dibina jauh dari gengeman nafsu tetapi ia dibina dengan nurani keikhlasan semata-mata, tiada kepentingan faktor lain yang meyebabkan ukhuwah dibina, tiada faktor kekayaan mahupon kedudukan. Mereka tetap bersama walapun masa memisahkan usia kasih mereka, jarak memisahkan perantara hubungan mereka. Semua itu tidak akan dapat merungkai mahabbah yang disulam dengan cinta, sehinggalah mati memisahkan diantara kedua-duanya.

اذا احبَّ احدكم اخاه فليخبره

Iza a’habba ahadukum akhaahu falyukhbirhu

“sekiranya sesorng mencintai saudaranya, maka hendaklah di

berithukan kepdanya”

Rasulullah shalallahu a’lahi wassallam menuntut kita supaya memberitahukannya kepada saudara yang kita cintai kerana hal yang demikian dapat menyuburkan perasaan kasih sayang kita sesama kita. Insyallah.

“Ana uhibbuka fillah akhi,” aku mencintai kamu kerana ALLAH

shabatku.

p/s: peringatan yeaaa!!! Jangan ambik alasan neh nak pi mengorat@perayat awek suda.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...