Kami Nak Buat BBQ

Wednesday, July 20, 2011

STANDARD LA TU..???




“Standard a tu”..”biasa la tu”….semua ni menjadi buah mulut yang biasa dalam masyrakat kita..
Najib: gila ah awek tu pakai baju ketat…
Dolloh: ”biasaq la tu”…
Najib: mung biar betol…nampok jolor tu..
Dolloh:” standard a tu”

Tanpa kita sedari..ucapan yang kita sebut sehari-hari..bagaikan mendoakan keredhaan perkara-perkara mungkar lagi pelik merebak ke dalam masyrakat kita.Apa yang gua kesal,ramai yang tidak ambil kisah tentang hal ni..mungkin hari-hari mengadap cerita atau suasana yang sama menyebabkan kita terlebih selesa.


Setiap hari,aku melanggan Surat Khabar “Harian Metro”..berita yang sama yang terpampang di muka surat khabar..rogol,bunuh,khalwat..Cuma yang berbeza adalah tempat,mangsa dan suspek..ayah makan anak…anak tumbuk ayah…kawan makan kawan…em..Banyak lagi la yang panas-panas,,ni tak masuk bab politik lagi..lagi la gelomal..kalau dalam Metro ,Kosmo.ada je cerita bab kontroversi panas kat bahagian tengah..mengumpat sana..mengumpat sini..macam la dapat pahala kalau cerita pasal artis..yang buat aku rasa tension.siap bagi “hint” lagi suh kita bukak bende yang panas tu..mudah benor kalau nak “search” dalam internet..maklumlah zaman IT…hampeh tol..kalau tak kuat iman..hancoq leboq... Apa yang nak di hairankan?? …anda semua ada rasa bersalah tak??? atau anda akan menyebut.. “STANDARD A TU”..he3....

zaman aku dulu,nak pegang tetikus komputer pun takut..nak pakai Hand phone lagi la tak terbau..zaman sudah berubah..budak sekolah rendah da pandai lakukan hubungan seks..pernah masuk dalam “paper”..budak darjah 6 simpan video lucah dalam E-book(kalau tak taw sila Tanya ustaz google) yang sekolah bagi free kat budak-budak darjah 5 tu..macam-macam cerita sekarang..kalau nak ikutkan hati..nak suh putar balik masa biar pergi ke zaman jepun nun..biar diorang taw erti syukur..

Apa yang buat aku marah…Surat Khabar ..TV ..Astro …yang menayangkan cerita-cerita busuk tu..bukan ke tak manis tunjuk adegan pelik-pelik ketika anak bini ngah layan cerita tu..takkan la tak berfikir langsung..kata Malaysia ni Negara Islam..tak habis-habis dengan hiburan …tak cukup dengan Mentor ..Akademi Fantasia ..idola kecil..Jom Heboh ..muncul pulak Kilauan Emas bagi yang warga emas ,,he3..pakaian aiyoo..macam umur 20-an ..tapi umur da macam nenek aku…aku tengok diorang nyanyi tergolek aku gelak..macam-macam perangai..”kubur kata mari..rumah suh pergi” masih tak sedar-sedar diri ..aku ni bukan la baik sangat…boring-boring pi jugak kareoke ..he3..berhibur tak salah..tapi jangan la sampai tak ingat dunia abe kakok wee…dunia oh dunia…tapi bila difikirkan takkan nak biar anak cucu kita jadi macam MAT SALLEH nun..terjuloq sana..terjuloq sini.. HANG NAK KATA APA LAGI…???..NAK SEBUT BIASA LA TU KE?? Atau ASTAGHFIRULLAHALAZIM…????

Dunia sudah terbalik kot..bak kata Ustaz azhar Idrus …situasi hari ini macam cerita keluarga 69..tunggang langgang,,yang tok mufti sokong bapok Jahil…yang tukang tarik lembu pulak sokong alim ulama… he3..em,,ni bukan standard..ni Unstandard…he3…aku pun tak faham dengan Mak ayah pada zaman sekarang…mak ayah dia bukan main baik pakaiaan,,ayah comey da pakai kopiah..mak pulak lagi la cun bertudung labuh…bila tengok anak perempuan kat belakang…bertudung pun tak..pakai baju ketat sendat pulak.aiyoooo.aku tengok pun tepuk dahi da… ASTAGHFIRULLAHALAZIM…kayanya Allah S.W.T mencipta pelbagai watak dalam dunia ini..termasuk la aku..pandai bagi nasihat je..tapi kurang jugak beramalnya..tetapi aku masih berusaha menjadi hamba Allah yang baik…


Selepas ni kalau jumpa orang yang lakukan kemungkaran sila lah tegur..termasuk la diri aku ini..tak payah la sebut “STANDARD LA TU”..”BIASA LA TU”…adakah kita meredhai perbuatan tersebut…???..ASTAGHFIRULLAHALAZIM..

عَنْ أَبِي سَعِيْد الْخُدْرِي رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صلى الله عليه وسلم يَقُوْلُ : مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَراً فَلْيُغَيِّرْهُ بِيَدِهِ، فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ، فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِقَلْبِهِ وَذَلِكَ أَضْعَفُ اْلإِيْمَانِ – رواه مسلم
Abu Sa’id Al-Khudri r.a. berkata: Saya mendengar Rasulullah shollallôhu ‘alaihi wasallam bersabda: ”Barang siapa diantaramu melihat kemungkaran, hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya. Jika ia tak sanggup, maka dengan lidahnya. Dan jika tak sanggup juga, maka dengan hatinya, dan yang demikian itu adalah selemah-lemah iman.” ~ H.R. Muslim

Dari hadits ini, yang dimaksud dengan selemah-lemah iman adalah mereka yang hanya mampu menggunakan hatinya (dengan berdoa) ketika mengetahui sebuah kemungkaran di depan matanya.Aku juga manusia yang lemah imannya,,,hanya dapat mengubah dengan hati sahaja…sama-samalah kita menasihati masyarakat kita..bukannya orang lain...silap haribulan bapak mertua mak mertua kau jugak..he3..wahai sahabat ”buanglah yang keruh,ambillah yang jernih"


seperti biasa Terimalah serangkap pantun daripada gua sebagai penyedap cerita:

Lu langsi lu mati,
Siapa yang mati ,siapa yang langsi??,
Kita semua hidup untuk mati,
Agar mendapat keredhaan abadi…peace yooo….

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...