
Yekssss…Kotornnya politik Malaysia,itulah selalu yang tersembul keluar dari mulut rakan-rakanku.Aku memang mengakui poltik Malaysia memang terlalu kotor dengan fitnah dan maki hamun..sejak dari awal merdeka lagi,politik yang dicanang adalah politik kampung yang tidak menggunakan akal yang waras untuk berfikir.Berpolitik bukanlah seperti menyokong sebuah pasukan bola sepak yang akhirnya bergaduh seperti budak kecil,semua mengakui diri mereka betul..dan mahukan kemenangan dalam berdebat bukan mahukan kebenaran..sehingga keluarga berpecah kerana penangan politik...Di manakah silapnya kita???
Aku memang berminat dengan politik sejak dibangku sekolah rendah lagi.ketika itu aku baru berumur 9 tahun.Di atas kesedaran untuk menegakkan agama Islam di Malaysia ,aku berjinak-jinak dengan politik.Pilihan Raya Umum pertama bagi diriku adalah pada tahun 1999, aku mula belajar mengenali parti-parti yang bertanding di dalam PRU ke 10.Pada tanggal itulah Negara mengalami perubahan yang amat ketara kerana kerajaan telah mengalami kemorosotan undi setelah Anwar Ibrahim dipecat oleh mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir.
Kalau mahu diceritakan setiap isu yang timbul di dalam Negara ini,sampai kiamat pun tak habis.Isunnya tenggelam timbul ,biasa la adab berpolitik kalau tidak ada isu macam mana nak berkempen.Antara isu hangat diperdebatkan ,kafir mengkafir,anwar dipecat,pemberontakan Memali,13 mei dan pelbagai isu lagi.Sehinggalah sekarang isu bersih,selepas ini tiada siapa yang dapat menjangkakan isu apa pula yang akan dicanang..
Sistem demokrasi yang korup menyebabkan politik menjadi kotor…tidak ada keterbukaan dalam menyebarkan maklumat..semuanya diubah bagi memastikan kelangsungan hidup parti yang memerintah.Daripada luahan hati ini,ini tidak bermakna aku pro-pembangkang..aku hanya menegur..itulah demokrasi.rakyat berhak menegur kerajaan apabila berlaku ketidak adilan,penindasan dan sebagainnya..Perlembagaan membenarkan rakyat berhimpun meluahkan perasaan..tetapi akibat sistem demokrasi di Malaysia yang korup…rakyat diperbodohkan dengan propaganda dan maklumat yang palsu.dua berita untuk satu cerita…akhirnnya siapa yang rugi..rakyat bawahan juga yang menaggung sengsara ,berpecah belah mempertahankan maklumat yang dterima masin-masing..
Oh Demokrasi…demokrasi hanya pada nama..tetapi zahirnnya cara pemerintaham komunis juga dijulang.Islam pula dijadikan modal untuk berkempen ,tidak ada keikhlasan dalam perjuangan.Ketika di sekolah ustaz ustazah menyuruh kita berpakaian menutup aurat,dilarang menyentuh bukan mahram ,mengamalkan ajaran Islam dalam kehidupan..tup.tup…akhirnnya siapa yang melanggar ajaran Islam itu..terang lagi bersuluh..Pemimpin kita sendiri yang tidak mengamalkannya..bini tak bertudung .anak pulak enjoy sakan..alangkah pelik benor jadinnya.
Fuh..cakap di Tv bukan main sedap..hendak memertabatkan bahasa melayu sebagai bahasa rasmi di Negara ini..angin tak ada,rebut tak ada..Sains dan Matematik diajar dalam bahasa Inggeris..tidakkah anda berasa tertipu dengan helah ini.Buat pulak kempen belia supaya progresif,keratif,berani,1MALAYSIA..tup.tup..bila belia menegur kerajaan buat silap..terus dimaki..dicop sebagai pro-pembangkang..silap haribulan kene masuk jail..pening kepala macam ni..
Celaru semakin bercelaru..apabila ada peristiwa besar Islam dialah yang memberi nasihat supaya mengambil iktibar dari peristiwa yang telah berlaku..cakap tak serupa bikin..apabila disuruh jadikan Al-Quran dan Hadis sebagai rujukan..dialah yang paling kuat menetang..OH 1MALAYSIA.. dicanag untuk perpaduan..seperti biasa..dia yang berkempen..dia jugak yang perkauman..semakin hari semakin bercelaru..dengan karenah biokrasinnya..dengan rasuahnnya…ekonomi pun naik turun..harga barangan keperluan harian melambung…sistem pendidikan pula tidak Islamik..
Kitab-kitab lama pula tidak boleh diajar di masjid secara sebarangan kerana ia tidak selari dengan hasrat kerajaan.."takut dengan bayang-bayang sendiri".. Buntu dengan kes pembuangan bayi yang berleluasa..timbul pula isu pendidikan seks yang diambil dari barat tanpa bersandarkan ajaran Islam yang sebenar..inilah akibat tidak berhukum dengan hukum Allah S.W.T.akhirnya bala datang menjelma..keamanan kemerdekaan tidak bermakna tanpa rakyat yang bermoral..dengan sistem pendidikan Malaysia yang korup dan tidak efisyen sekarang...bayangkan budak sekolah rendah pada zaman ini..subjek mata pelajaran amatlah banyak..dengan matematik dan sains diajar dalam bahasa inggeris..agak sukar untuk difahami oleh budak kampung...beg Ya Allah ..berat macam batu,,bawak pulak E-BOOK(mcm laptop kecik)..silap haribulan boleh bawak maut..
Aku ingin lihat 1Malaysia yang sebenar bukan slogan semata-mata..cina kawen dengan melayu..india berbesan dengan melayu..oh bahagiannya…pada pandangan aku untuk menyatukan kita semua tidaklah sukar..bukan politik yang menyebabkan kita berpecah..tetapi Sang maklumat perlu dipersalahkan..bebaskan media arus perdana dari cengkaman politik.berikanlah ruang untuk rakyat berfikir buruk dan baik..maklumat yang benar hak rakyat..bukan pembodek yang diagungkan..tetapi ganerasi muda yang berfikir perlu diangkat...kerajaan mestilah lebih bersikap terbuka..tidak semua yang menegur itu pembangkang…jangan terlalu sombong untuk menerima teguran…tanpa rakyat siapa lah kamu pemimpin…ini bukan zaman jepun..ni zaman milineum..rakyat bukan boneka..rakyat adalah manusia sebaik-baik ciptaan Allah.S.W.T..
Demokrasi walaupun ciptaan kafir…ia tetap tidak menyalahi ajaran Islam..seorang hero baru perlu diangkat untuk membersih sistem demokrasi di Malaysia..siapakah gerangan yang berani melakukan perubahan..aku,kamu,dia atau kita semua…marilah kita berfikir..membaca terus membaca untuk mengelak diri ditipu…sesungguhnnya setiap amalan yang baik diberi ganjaran pahala oleh Allah.S.W.T…
Akhir kata terimalah serangkap pantun dari hamba:
MALAYSIA OH MALAYSIA,
SISTEM DEMOKRASINYA SUDAH TEMPANG,
BERSATU KITA UMAT MANUSIA,
LAKUKAN PERUBAHAN SEKARANG…peace..
No comments:
Post a Comment