Kami Nak Buat BBQ

Sunday, July 17, 2011

“KALAU BEGITU, BANTULAH AKU MEMENUHI KEINGINANMU ITU DENGAN MEPERBANYAKKAN SUJUD”

mengapa mata hati menafikan pencintaan kali kedua(akhirat) sedangkan mata lahir telah menyaksiakan pencintaan kali pertama (dunia) dengan begitu terang dan nyata~

bismillahirrahmanirrahim,

Assalamua’laikum...

aku mulakan penulisanku dgn kalimat yg penuh keagungan dan kalimat yg penuh dgn rahmat. Segala puji bagi ALLAH, tuhan aku dan tuhan kalian semuanya. Aku berlindung kepada ALLAH daripada termasuk golongan di kalangan orang-orang yg bodoh. Tiada petunjuk melainkan itu dari ALLAH dan aku menyerahkan diriku sepenuhnya kepadaNYA.

Selawat dan salam kepada junjungan mulia, Muhammad shalallahu alahi wasallam, aku bersaksi bahwa tiada tuhan selain ALLAH dan baginda adalah pesuruh ALLAH. Baginda telah menjalankan amanah, meyampaikan risalah, dan berjuang demi ummatnya sehingga keakhir hayatnya. Amma ba’adu.

haiiii... smua kawan-kawan ku, geng-geng ku, member-member ku, datuk-datuk ku, nenek-nenek ku, awek-awek ku, isteri-isteri ku, janda-janda ku dan haiwan-haiwan peliharaan ku. :D

Sheikh Ibnu A’thaillah dlm kitabnya al-hikam mengungkapkan….
“maa nafaa’l qalbu mislu uzlatun yudakhillu bi haa miidanun fikrh”
(tak ada sesuatu yg sangat berguna bagi hati melainkan ia menyendiri untuk masuk kemedan berfikir).

Lihatlah oleh kita semua penciptaan langit yang kita ketahuinya tanpa tiang, TAPI IA TETAP UTUH. Lihatlah pula oleh kita penciptaan air pada sungai, yg sekian lama ia mengalir TANPA IA PERNAH KERING. Dan sekarang lihatlah rupa kalian semuanya, adakah ADA KECACATAN KEPADANYA? .

Isi-isi kulit dan otot kalian menutupi bahagian dalamnya, yang mengandungi cecair, tulang bendulang, dan urat-urat, tiada mustahil bagi ALLAH sekiranya DIA mahu menciptakan kita tanpa kulit dan isi, maka jadilah kita seakan-akan ZOMBA!!!(zombie). Confirm huduh kan…
(jerawat tu bukan kecacatan, tp ia mnunjukkan sifat GALAK dan GATAI korang da bertmbah..)
…………………………………..

~saudara/saudari ku yang seiman dan seperjalanan dengan ku, apabila hakikat mata lahir kita memandang pemandangan didunia ini nescaya kita akan dapati dunia ini indah menawan, penuh dengan keindahan dan perhiasan. Segala perhiasannya itu akan meyebabkan kita meyibukkan diri kita dengan seribu pesonannya tanpa kita sedar kealpaan dan kelekaan yang sedang menyerubungi kita.

TETAPI apabila kita memandang dunia dengan mata hati, sesungguhnya kita akan kecewa, bahkan menangis dengan segala kecacatan dan kerosakan yang ada padanya.
DUNIA ITU TIADA ERTINYAAAA…!!! BAGI ORG2 YANG MENJADIKAN HAWA NAFSU SEBAGAI KENDERAANYA.. BAHKAN LAGI SESAT APABILA IA MNJADIKAN NAFSUNYA SEBAGAI TUHANNYAAA…


1. Kecacatan pada dunia itu terletak kepada selera anda. Makanan yang anda gemari tidak akan sentiasa menghiburkan diri anda, di suatu saat nanti, apabila tubuh anda tidak mampu lagi untuk mnyerapnya maka makanan itu akan memudharatkan diri anda. Anda akan ditinggaikannya dengan keadaaan anda sakit menderita.

2. Suami isteri yang pada mulanya menyatakan kebahagian dunia itu terletak pada perkahwinan, mereka memulai perkahwinan dengan cara yang salah, berhubungan dengan cara yang salah, sedangkan pada tika itu mereka merasakan diri mereka begitu bahagia. Dan akhirnya selepas nikah, tiada keberkatan didalamnya dan kebahagian itu mula luntur dan hilang.

3. Anak yang diharapkan dan disayangi sebagai tempat pergantungan hidup apabila tua kelak, ia meninggalkan anda sendirian. Nafsu telah menguasainya dirinya sehingga ia lupa pengorbanan anda.

4. Kekayaan yang anda kumpulkan sehari demi sehari demi kenikmatan yang agak lama, tidak akan terus bersama anda apabila anda terlantar sakit yang tidak ada ubatnya(buta, pekak). Dan kemewahan anda tiada ertinya.

~makanan meyeksakan kita kecuali kita memakannya sekadar memenuhi keperluan tubuh utk beribadat kepda ALLAH. Anak bakal menjadi musuh kecuali kita memikul amanah itu dengan membinanya berdasarkan ilmu ALLAH. Dan smua kesibukkan yang memalingkan diri kita daripada mengabdikan dan beribadat kepada ALLAH adalah BENCANA yang perlu kita hindarinya.

“sujudlah rupaku dan seluruh diriku kepada tuhan yag telah menciptakannya dan membuntuk rupanya, tuhan yang mmberi pendengaran dan pengliharan diperantaraan mata dan telinga, dengan kuasanyalah pndengaran dan penglihatanku terpelihara dengan selamat"(DOA SUJUD SAJADAH)

~sekiranya dirmu terkurung dek kerana perbuatan-perbuatan jahatmu, maka bebaskanlah dirimu dengan istighfar dan taubat. Dan sekiranya punggung-punggung kamu berat disebabkan dosa2 kamu, maka ringankanlah ia dengan memanjangkan sujudmu...

*************

tika bani syabibah datang kepada Rasulullah shalallahu alahi wasallam untuk meminta bantuan baginda, dan baginda bersabda

“apakah hajat kalian yang perlu kami bantu?”

Semua diantara utusan bani syabibah menyatakan hasrat mereka kepada rasulullah shalallahu alahi wasallam, ada yang meminta buah kurma, meminta makanan, harta dan sebagainya kecuali rabi’ah bin ka’b al- salami.

Dia berkata kepada baginda..
“yang aku pinta adalah utk berada disampingmu kelak disyurga”

Rasulullah shalallahu alahi wasallam bertanya lagi..
“adakah kamu mempunyai keperluan selain itu?”

Ra’biah mnjawab.,
“itu saja kperluan aku wahai kekasih ALLAH”

Lalu baginda bersabda..
“KALAU BEGITU, BANTULAH AKU MEMENUHI KEINGINANMU ITU DENGAN MEPERBANYAKKAN SUJUD

Ini adalah pembuktian kami, sebagai seorang student engineering bukan student agama. Oleh kerana kami bukan pelajar khusus bidang agama, MAKA KAMI GBB BERUSAHA BERAMAL DENGAN AGAMA. Mengapa??
Kerana kami mengimani ALLAH dan hari akhirat, kami sedar bahawa kami adalah ummah perantara. KAMI DIAMANAHKAN OLEH ALLAH SEBAGAI KHALIFAH DIMUKA BUMI UNTUK MELAKSANANKAN SHAHADATUL HAQ (KESAKSIAN TERHADAP KEBENARAN).

Inilah pengertian syahadah yang sering kita lafazkan. Inilah yang ditinggaklan BAGINDA pesuruh ALLAH kepada kita setelah pemergiannya. Kalimah ini meminta kita menjelaskan kepada seluruh manusia tentang kebenaran yang nyata dan kita perlu menhubungkan mereka kearah kebahagian dunia dan akhirat. INILAH satu-satunya pendekatan sebenar dari ALLAH yang perlu kita sebarkan. INILAH satu-satu pendekatan yang DIREDHAI ALLAH. Satu satunya pendekatan yang membawa kebahagiannya kepda seluruh umat manusia. INILAH DAKWAH…. Pelaksananya begitu luas, diantaranya adalah AMALAN SOLEH yang kita lakukan, melalui AKHLAK YANG TERPUJI yang kita miliki serta melalui PEMERINTAHAN YANG ADIL supaya hari dimana segala saksi bangkit meyatakan persaksian mereka, maka kita adalah golongan yang telah disaksikan melaksanakan DAKWAH..

“……agar rasulullah menjadi SAKSI atas diri kamu dan agar KAMU menjadi SAKSI TERHADAP SEGENAP MANUSIA…….” Al-hajj 78

---by K.T (kicap tamin)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...