Kami Nak Buat BBQ

Saturday, July 30, 2011

Niat Puasa Sebulan & Harian, Doa Berbuka & Selepas Berbuka Puasa



Bulan Ramadhan dah semakin dekat. Dalam minggu depan je, InsyaAllah, umat Islam akan mula menjalani ibadah puasa. Berikut ada lafaz niat berpuasa di bulan Ramadhan harian, niat berpuasa sebulan Ramadhan, doa berbuka puasa dan doa selepas buka puasa.

NIAT PUASA RAMADHAN (HARIAN)
Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala

NIAT PUASA SEBULAN RAMADHAN
Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta”ala

DOA BERBUKA PUASA
Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.

DOA SELEPAS BERBUKA PUASA

Ya Allah! Kerana Engkau aku berbuka puasa dan kepada Engkau aku beriman dan atas rezeki dari Engkau aku berbuka puasa telah hilang dahaga sudah menjadi basah segala urat. Ya Allah! Aku minta diampuni dosaku dengan rahmat Engkau yang meliputi segala sesuatu.

Sambutlah kedatangan Ramadhan dengan berdoa kepadaNya dengan tulus ikhlas:
“Dengan nama Allah yang maha pemurah dan penyayang. Segala puja dan puji bagi Allah yang telah memuliakan akan kami dengan naungan bulan Ramadhan, yang turun padanya malaikat-malaikat dan roh-roh yang mulia selawat dan salam atas junjungan kami Muhammad dan atas keluarga dan sahabat yang mulia, kami mohon kepadamu ya Allah, pemeliharaan keamanan memasuki bulan Ramadhan dan tetapkanlah kami berpuasa Ramadhan, rahmatilah kami dan berkatilah dalam berpuasa Ramadhan, dan perbaikilah segala keadaan kami dan akhlak kami dan sekalian amal kami dalam bulan Ramadhan, ya Allah lanjutkan usia kami ini dengan berkat Ramadhan dan jadikanlah puasa kami ini mengikut segala puasa yang dipuasakan oleh nabi kami Muhammad s.a.w dengan rahmatMu ya Tuhan yang maha pengasih dan penyayang. Kesejahteraan dan keselamatan atas Nabi Muhammad dan segala puja dan puji bagi Allah tuhan seru sekalian alam”.
Mudah-mudahan, dapatlah kita sama-sama menghayati bulan Ramadhan bulan yang penuh keberkatan ini, dan menjalani Ramadhan kali ini lebih baik dan penuh makna, berbanding tahun-tahun sudah.

Lafaz niat puasa Ramadhan, lafaz niat puasa sebulan Ramadhan, doa berbuka puasa dan doa selepas berbuka puasa diambil dari zelo55.commanakala doa menyambut kedatangan ramadhan diambil dari buku Himpunan 75 Solat-solat Sunat.

Thursday, July 28, 2011

Duit Syiling Baru (Siri Ketiga)

Photobucket

Ciri-ciri unik yang mencorak budaya dan warisan negara menjadi sumber inspirasi dalam reka bentuk duit syiling Malaysia siri ketiga ini. Dengan tema 'Keunikan Malaysia', reka bentuk baharu duit syiling ini memaparkan motif-motif seni kraftangan tradisional dan keindahan flora dan fauna negara. Duit syiling ini menyerlahkan identiti kebangsaan Malaysia yang kaya dan pelbagai dengan begitu indah sekali.

Ciri-ciri Am:

Bahagian hadapan setiap denominasi memaparkan motif berbeza, 14 titik untuk melambangkan 13 negeri dan Wilayah Persekutuan dan (kecuali duit syiling 50 sen) lima garis mendatar bagi menggambarkan prinsip-prinsip Rukun Negara.

Bahagian belakang duit syiling pula memaparkan motif Bunga Raya atau Rosa-sinensis, iaitu bunga kebangsaan Malaysia, tahun penempaan, nilai muka duit syiling dan perkataan 'BANK NEGARA MALAYSIA'.

Video:

Sunday, July 24, 2011

aku dan CINTA...

AKU DAN CINTA…

Hari ini aku nak bukak kisah jiwang sikit…kenapa  aku anti sangat bercinta…??? Adat orang muda..jiwa muda..suka ikut atau terbawa-bawa dengan perasaaan yang baru-baru berjinak mengenali erti berpasangan atau gatai nak bernikah.Aku tidak pernah melawan fitrah alam..aku redha dengan perasaaan ini...tetapi aku masih tercari-cari jalan untuk meluahkannya di tempat yang betol..biarlah apa orang cakap asalkan aku bahagia..mencari keredhaan manusia sampi mati kita tidak akan temui...sudah banyak cerita dan artikel yang aku baca mengisahkan cinta..Walaupun aku memang sangat anti dengan romantik jiwang karat dan seangkatannya..tapi ia hanya dari sudut prinsip aku tetapi bukan dari sudut perasaan…

Aku pun tak faham dengan perangai dan perasaan aku..adakah aku ini terbawa-bawa dengan jiwa muda ataupun sekadar suka-suka..confuse aku bermain dengan perasaan ini..YA ALLAH..bantulah hambaMU ini YA ALLAH..sesunggunnya ini ujian buatku..aku kagum denganMU YA ALLAH menciptakan makhluk yang bernama “perasaan” sehinggakan pemiliknnya sendiri tidak faham akan dirinnya..

Saturday, July 23, 2011

Yahudi,Kristian,Islam..kita SATU...


Assalamualaikum..semua..disini saya ingin berkongsi satu cerita yang menarik untuk menambahkan ilmu pengetahuan.Selain itu juga,menambahkan KEIMANAN kita kepada tuhan yang satu iaitu Allah.S.WT..

sinopsis video  THE DIVINE BOOK ini: memberi penerangan dan jawapan tentang apa yang menyebabkan kelahiran agama Yahudi,Kristian dan Islam di dunia ini.sebenarnnya kita berasal dari satu agama sahaja,iaitu Islam.semua nabi menganut agama Islam yang bermaksud menyerahkan diri kepada tuhan yang satu...

Perbezaan antara kita adalah satu kospirasi yang dicipta untuk memastikan kita semua tidak bertuhankan tuhan yang satu iaitu Allah S.W.T.Kitab-kitab Taurat Injil diubah untuk memastikan kandungannya berlawanan dengan Kitab Suci Al-Quran.sesungguhnnya ajaran yang dibawa semua nabi adalah satu..SATU TUHAN,SATU PESANAN...

Pandangan Peribadi:Saya kurang bersetuju tentang artikel-artikel yang mistik,sepertiALTER TERAHSIA BANGSA MELAYU,PIRAMID MELAYU ,cerita mitos KAUM MAYA dan seangkatannya..adakah ia betul-betul wujud..atau sekadar mengaburi mata kita dari mencari kebenaran seperti video ini.Sehebat mana pun sesuatu bangsa,sesuatu kaum…kalau tidak menyerah diri kepada tuhan yang satu,Islam..maka ia didalam kalangan kaum yang rugi…

saya lampirkan Video yang bertajuk THE DIVINE BOOK di bawah ini yang terbahagi kepada 10 episode bagi memudahkan penerangan ini.semoga kita dapat mencari kebenaran yang telah lama disorok..sekian...P/s: tengok sampi habis na....he3...

bahagian 1: CABARANNYA                                                                         














Gereja Terbesar Asia di bina di Kuala Lumpur, Malaysia

Assalamualaikum wbt..

saya tergerak tuk buat entry pasal ni sebab saya pon bru tau td..d akhir tazkirah ustaz bgtahu pasal gereja ni..yg tgh proses nk disiapkan kt bukit jalil...mari kita tgk n pikirlah mane yg baik utk kita semua n utk agama ISLAM kita !! sy takut sgt tgk web pasal gereja ni.. www.­calvary.­org.­my sy rasa NWO (new world order) diorg da makin hampir pada saatnya... moga kita semua bersedia mghadapi golongan pemuja dajal tu semua...ni bukan mende main2...mereka makin dekat...mereka ada dikalangan kita...beringatlah...kuatkanlah pegangan agama kita...sentiasalah berzikir..menyebut nama ALLAH..moga hati kita semua terhindar dari fitnah dajal..ketua kospirator dunia...

bacalah! tgklah! fikirlah! sedarlah!! bertindaklah!

The Calvary Convention Centre Bukit Jalil

info ni diambil dari laman web rasmi calvary church...seperti web tertera di atas,,tapi web ni skrg da xleh bukak..n mase sy nk ambik info lam web tu pon mmg susah sgt..n web tu mcm da corrupted..


Wednesday, July 20, 2011

STANDARD LA TU..???




“Standard a tu”..”biasa la tu”….semua ni menjadi buah mulut yang biasa dalam masyrakat kita..
Najib: gila ah awek tu pakai baju ketat…
Dolloh: ”biasaq la tu”…
Najib: mung biar betol…nampok jolor tu..
Dolloh:” standard a tu”

Tanpa kita sedari..ucapan yang kita sebut sehari-hari..bagaikan mendoakan keredhaan perkara-perkara mungkar lagi pelik merebak ke dalam masyrakat kita.Apa yang gua kesal,ramai yang tidak ambil kisah tentang hal ni..mungkin hari-hari mengadap cerita atau suasana yang sama menyebabkan kita terlebih selesa.

Tuesday, July 19, 2011

DEMOKRASI OR DEMOCRAZY???


Yekssss…Kotornnya politik Malaysia,itulah selalu yang tersembul keluar dari mulut rakan-rakanku.Aku memang mengakui poltik Malaysia memang terlalu kotor dengan fitnah dan maki hamun..sejak dari awal merdeka lagi,politik yang dicanang adalah politik kampung yang tidak menggunakan akal yang waras untuk berfikir.Berpolitik bukanlah seperti menyokong sebuah pasukan bola sepak yang akhirnya bergaduh seperti budak kecil,semua mengakui diri mereka betul..dan mahukan kemenangan dalam berdebat bukan mahukan kebenaran..sehingga keluarga berpecah kerana penangan politik...Di manakah silapnya kita???

UkHuWAH kerana ALLAH

selesai solat maghrib dipusat islam malam tu, aku mengambil sedikit masa utk muhasabah diri sambil berzikir, sedang bibirku melantuni kalimah2 yg mengagungkan ZAT aku didatangi seseorang yang aku hormati keperibadiannya.

susuk tubuhnya kecil, tampak berbekas di wajahnya yang bersih kesan2 sujud berkat wudu' dan qiamulailalnya, dia menghampiriku dgn senyuman terukir dibibirnya...

dia duduk bersila, smbil memegang pahaku dia bertanya..
" ceq.. sibuk tak?? ceq kna tolong abg arinie "

" taklah abg, tak sibuk pon. Knpa abg?? tolong apa?? "

"tolong gantikan ustaz zamri utk kuliah maghrib bleh??"

"perghhhhhh.... abg gila kut. ceq tak berani arghh, segan!!, malu!!"

"segan apanya, pakai baju, pakai seluaq kann.."

"memang la pakai baju, pakai seluaq abg, takkan sembahyang pon nak buat loqlaq kut, ish, abg neii..abg ja lah yang bagi kuliah.. nnti klou ceq bagi kuliah merapu abih nnti"


“takpa, abg ada”, lantas dia menarik tanganku menuju ke mihrab pusat islam. Dia mencapai microfon kecil lalu memberi salam dan memohon maaf diatas urusan peribadi ustaz yang tidak dapat menyampaikan kuliah pada hari itu.

“assalamua’laikum, ana wakil ustaz ingin minta maaf disebabkan ustaz tidak dapat mengisi kuliah pada hari ini. Tapi insyallah, kuliah ringkas akan diganti dan akan disampaikan oleh sahabat kita. Tanpa melengahkan masa ana menjemput sidik sigaraga bin sidik sepakraga untuk berkongsi ilmu dan memberi sedikit pengisian mendidik jiwa, insyallah.”

Tercengang aku seketika. Terasa degupan jantungku seakan menerobos keluar dari tulang-tulang dada. Aku bangun, lalu mengambil posisi ustaz tatkala beliau sering menyampaikan kuliah. Sedang pada ketika itu, otakku sedang ligat berikhtiar dan berfikir.

“ish, nak cakap apa nei haa??” getus hatiku

Tiba-tiba aku terpandang kitab karya imam al-ghazali yang begitu mahsyur, ihya’ ulumuddin yang berada ditangga mimbar khutbah. Pantas tanganku mengambilnya, sedangkan mata-mata para jemaah lain sibuk memerhati tingkahlaku yang jelasnya aku agak mengelabah ketika itu.

Untuk mengawal reaksi mukaku yang dah mula merah macam traffic light, aku membetulkan microfon yang berada dihadapanku agar lebih jauh dari mulutku. Tujuannya satu, untuk memperlahankan suaraku.

Aku buka kitab ihya ulumuddin dengan lafaz basmalah dan selawat untuk mengubat rasa gementar dan untuk melancarkan kata-kata peringatan yang bakal aku ungkapkan sebentar lagi.

Tanganku laju menyelak helaian demi helaian untuk mencari bab yang mudah untuk aku sampaikan, tiba-tiba tanganku terhenti dibab persaudaraan dan persahabatan.

“insyallah, bab neh aku boleh hurai, dan orang mudah faham,” bisik hatiku.

“bismillahir rahmanir rahiym

Alhamdulillah, nahmaduhu wa nastainuhu wa nastagfiruhu wa na'uzu billahi min shururi anfusina wa min sayyiati a'malina may yahdihillahu fala mudillallah wa may yudlill fala hadiyala, Ashadu Allah ila ha ilallahu wa shadu ana Muhammadu rasulullah… Amma ba’du

assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh muslimin dan muslimat yang dirahmati ALLAH.


ورجلان تحابَّا فى الله اجتمعا عليه وتفرَّقا عليه


warajulaani tahab'ba filllah ijtamaa' a'laihi watafar'raqa a'laihi...


antara golongan yang akan mendapat naungan ALLAH taala pada hari yang tidak ada naungan melainkan naunganNYA adalah dua org yg berkasih sayang kerna ALLAH…yang bertemu dan berpisah keranaNYA..

**********************

itulah tazkirah aku yang pertama kepada orang ramai, bab pertama yang aku pilih untuk pengisian iaitu UKHUWAH KERANA ALLAH.

Bagiku, ukhuwah adalah..
tatkala 2 hati bertaut kasih, bersandarkan kpd yg MAHA ESA, lantaran itu hubungannya diberkati. Mereka saling melengkapi, saling menasihati tentang kebenaran dan kesabaran.
Tika itu TERSIMPULAH IKATAN UKHUWAH atas dasar kalimah syahadah. Maka akan terpandulah sebuah perjuangan dgn kesungguhan, setiap kepayahan digalas bersama dmi ALLAH dan RASULNYA. Ukhuwah itu indah, jika terasnya AKIDAH, rohnya DAKWAH, jasadnya USRAH dn JAMAAH...

Hubungan persaudaran itu mempunyai hak yang perlu dipenuhi oleh kita, antaranya

1.Hak memelihara ucapan

2.Hak memelihara lidah dan hati

3.Hak mendoakan

4.Hak memberi kemudahan

5.Hak memberikan bantuan.

Semua ini jelas menunjukan bahawa mahabbah yang dibina jauh dari gengeman nafsu tetapi ia dibina dengan nurani keikhlasan semata-mata, tiada kepentingan faktor lain yang meyebabkan ukhuwah dibina, tiada faktor kekayaan mahupon kedudukan. Mereka tetap bersama walapun masa memisahkan usia kasih mereka, jarak memisahkan perantara hubungan mereka. Semua itu tidak akan dapat merungkai mahabbah yang disulam dengan cinta, sehinggalah mati memisahkan diantara kedua-duanya.

اذا احبَّ احدكم اخاه فليخبره

Iza a’habba ahadukum akhaahu falyukhbirhu

“sekiranya sesorng mencintai saudaranya, maka hendaklah di

berithukan kepdanya”

Rasulullah shalallahu a’lahi wassallam menuntut kita supaya memberitahukannya kepada saudara yang kita cintai kerana hal yang demikian dapat menyuburkan perasaan kasih sayang kita sesama kita. Insyallah.

“Ana uhibbuka fillah akhi,” aku mencintai kamu kerana ALLAH

shabatku.

p/s: peringatan yeaaa!!! Jangan ambik alasan neh nak pi mengorat@perayat awek suda.

Monday, July 18, 2011

Manusia oh manusia....



KayaNya Mu Ya Allah…
Menjadikan manusia sebaik-baik ciptaan..tetapi manusia tidak pernah sedar akan kelebihan yang dikurniakan oleh Allah berbanding makhluk yang lain…manusia memang unik..terlalu unik sehinggakan sesiapapun tidak dapat menjangkakan tingkah laku manusia selain penciptanya…
manusia, sejenis makhluk yang ditinggikan darjat melebihi malaikat dan direndahkan darjatnya melebihi taraf haiwan...akan tetapi semua bergantung kepada pemilihan hatinya, sama ada BERIMAN atau KUFUR.... DARJAT manusia tinggi bukan kerana harta dan keistimewaanya, tetapi dek kerana KETAKWAAN yang memandu jasadnya.

CeRita CiNTa

...dulu...

ramai datang kepdaku, bertanyakanku tentng cinta...

kataku...

"tiada pintu yg membenarkannya melainkan dgn izin walinya, tiada jalan lain utk keinginanmu itu melainkan dgn menikahinya"...

aku mnjadi tertanya2, hebatkah ia sehingga ramai yg aku kenali hebat ilmunya tersungkur menyembahnya...

di hari itu, aku memohon kpd tuhan yang memiliki langit... tuhan yg memiliki bumi serta apa yang ada diantaranya...

"anugerahkan aku cinta"

doaku diperkenankan...,

aku mula mengenalinya dgn kehendakku...

lalu....

aku berhasrat utk menikahinya...

walaupon aku tidak tahu asal usulnya, sifatnya, sikapnya, wajahnya, mahupon nma penuhnya...

keinginanku bertambah nekad... istiqarahku menjadi pengikat... mimpiku menjadi penguat...

TAPI SEMUA ITU SIA2 BELAKA...

aku benci utk mencaci diriku...

tapi inilah kenyataannya...

aku telah menzinai hatiku dan hatinya...

bisikan nafsu dan seangkatan dgnnya terlalu halus mnghasutku...

keinginan aku dusta...

istiqarah aku penuh noda...

mimpiku aku bukan dariNYA..

aku mnjadi buta dalam cahaya..

aku mnjadi bisu dalm bicara...

aku mnjadi tuli dalam menerima...

akulah manusia bodoh yg dikurniakan ilmu tapi ingkar kepdanya, aku tahu hukumNYA, aku hafal firmanNYA... tapi aku menyembunyikkannya...

aku tkut utk meyatakkannya... aku tkut dia tidak dapt menerimanya...

lalu... aku kembali mengintai lubang2 cahaya, apakah masih ada jalannya....

aku berdoa kembali kpdNYA,

"apakah ini jalan yang kami cari, apakah jalan ini yang diikuti nabi2 dan org yang patuh kpdMU? tunjukkan aku wahai pemilik segala cinta, wahai pemilik segla cahaya, wahai tuhan pemilk semesta"

sehinggalah ALLAH sendiri yang mengilhamkan kepada dia, dia bertanya kepdaku tetang jalan yang dibina...

aku terkejut... fikirku, mugkin inilah masanya utk aku berterus terang kepdanya...

tapi aku tidak menduga keadaaan dirinya... sangka ku dia dapat menerimannya... tapi tidak...

TIDAK SEMUDAH YANG DISANGKA, ahhh mugkin dia perlukan masa... utk memahaminya.... dan aku yakin dia telah pon memahaminya..

setelah itu, aku berjanji kpd diriku... "demi ALLAH, aku tidak akan lagi membenarkan diriku mengetuk mahupon menyapa mana2 pintu cinta, melainkan pintu hatiku sendiri dibuka oleh DIA YANG SAH MENJADI ISTERIKU"

maafkan aku, aku bukan lelaki yang baik...

lelaki yg baik bukan memberikan harapan kepdamu, tapi ia memberi kenyataan utk menikahimu.... dan aku tak mampu utk malaksanakannya... malah aku meyesatkanmu dgn dosa..

KeLuaRGa IDaMaN


"ya tuhan kami, anugerahkanlah kpda kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati, Dan jadikan kami pemimpin bagi orang yang bertakwa" al-furqan 74


Inilah madrasah tarbiyah yang dibina oleh seorang enginner yang berada dalam tarbiyah jamaie. Dari segi perwatakkanya, sikapnya, akhlaknya bercirikan muslim yang baik. Menyedari kepentingannya dalam membina baitul muslim, untuk melahirkan generasi-generasi soleh dan solehah, dia(Ir Saiful) telah memilih seorang wanita yang juga solehah, mukminah dan baik juga agamanya sebagai peneman hidupnya didunia dan insyallah juga di diakhirat(syurga).

Dia dijodohkan dengan seorang wanita yang hanya baru dikenalinya sehari sebelum dinikahkan. Perkahwinan bagi dirinya adalah untuk menjaga dirinya dan sebagai peyempurnaan kepada keimanannya. Dengan rezeki dari ALLAH dia berjaya membuka syarikatnya yang pertama di Australia sejurus 1 tahun perkahwinannya dan diuruskan oleh orang kananya. Isterinya (Dr.Wafa), juga hebat, seorang guru disekolah tahfiz tetapi memiliki PhD dalam bidang kaunseling. Hasil perkongsian mereka selama 5 tahun, mereka dikurniakan ALLAH dua orang cahaya mata.

Dengan ilmu ALLAH, mereka suami isteri mmbesarkan buah hati mereka dalam suasana bia’h yang soleh, dengan didikan yang baik dan dibesarkan mereka dengan acuan agama yang diredhai. Kebiasaan rutin harian mereka adalah solat berjemaah dimasjid atau dirumah, malah ditambahkan pula dengan usrah yang menjadi tunjang kekuatan dan pendekatan syura dalam keluarganya utk sama-sama dalam meyelasaikan masalah keluarga.

…………………………………………….

Pada hari minggu, adalah kebiasaan bagi pasangan suami isteri ini untuk bangun lebih awal dari kebiasaannnya kerana mereka menyediakan waktu yang khusus ini untuk beribadat kepada ALLAH. Inilah bukti ikatan cinta diantara mereka, mereka bersatu atas restuNYA, berkasih sayng dalm keredhaanNYA, cinta mereka adalah wasilah cinta kpd tuhanNYA. Dan inilah pembuktian cinta mereka, mereka adalah pasanagan yang mendambakan syurga sebagai matlamat akhir mereka.

Pagi itu, ALLAH memberi kekuatan untuk saiful bangun disamping pelukkan isterinya, dengan perlahan dan berhati-hati dia bangun terlebih dahulu tanpa mengejutkan bidadari yang masih nenyak tidur disebelahnya. Lantas dia menyucikan diri, setelah itu dalam keadaan cahaya samar-samar dia mencari-cari jubah yang selalu dipakainya ketika solat. Jubah itu selalu disangkutnya berhampiran dengan ruangan munajat apabila selesai solat, dan akan dipakai smula keesokkan harinya.

Dia tersenyum apabila menghampiri jubah itu, di ambil jubah itu lalu dicium, ternyata benar sangkaannya, isterinya telah mengantikan jubahnya dgn jubah yg telah disterika. Dia menyarungkan ketubuh smbil mulutnya lembut berkata;

“terima kasih sayang…”.

Dibalutnya serban yang dihadiahkan oleh ayahnya kemas dikepala lalu dihidupkan malam itu dengan takbir dan dialunkan rakaat pertamanya dengan hafalan qurannya. Dicelah keheningan malam itu terdengar tangisan-tangisan kecil yang terkeluar dari mulutnya kerana perasaan bersalah dan penyesalan sebagai manusia biasa terhadap kelemahan-kelemahan dirinya.

Dia akan mengambil sekurang-kurangnya satu jam untuk menamatkan solat-solat yang mnjadi rutinnya. Setelah itu dia akan megejutkan isterinya kesayangannya.

Dia kemudian terus ke kamar dan mnyalakan lampu untuk megejutkan bidadari yang diamanahkan ALLAH kepdanya. Dari sinar lampu kamar, dia sekali lagi tersenyum apabila melihat wajah semulajadi isterinya yang masih nenyak tidur, sambil mulutnya berdoa; “Ya ALLAH, Engkau cantikkanlah wajah isteriku hanya pada pandangan mataku dan hatiku, dan Engkau cantikkanlah wajahku hanya pada pandangan mata dan hati dia, amin ya rabb

Dihampiri rapat kekatil dan dengan lembut tangannya menampar-nampar kecil pipi wafa, dan sekiranya isterinya tidak terjaga maka dia akan merenjis-renjis air pada wajah isterinya sebagimana yang dilakukan Rasulullah shalallahu alahi wassallam kepada syaidatina Aisyah r.a apabila baginda ingin membangunkan Syaidatina Aishah r.a.

“Sayang…. Saaayang… bangunnnn, jommm tahajjud…..”

Wafa, isteri yang mentaati perintah suami, isteri yang cintakan akhirat dan dunianya adalah semata-mata ladang untuk beramal ibadat. Wafa bangun apabila dikejut oleh suaminya, lantas ia menyucikan diri dan merebahkan badan sambil menyungkur sujud kepada pengatur segala urusan kehidupan sehariannya.

Saiful terus mengejutkan anak-anaknya setelah wafa bangun, agar anak-anaknya tidak terlepas dari melakukan ibadat sunat yang mnjadi sunnah baginda rasulullah shalallahu alahi wassallam. Malam itu mereka sekeluarga sama-sama menghidupkan cahaya kebahagian dalam istana mereka, cahaya yang mnjadiakn mereka seorang hamba yang mentaati penciptanya, yang bersyukur atas rahmatNYA dan yg redha dengan ketentuanNYA. Cahaya yang dituju itu bakal membimbing perjalannan hidup mereka, cahaya yang bakal menerangi liang-liang lahad mereka, dan cahaya yang membahagiakan kehidupan akhirat mereka. Itulah yang sedang bina dan usahakan mereka, adalah semata mencari redhaNYA.

Pagi itu mereka akan solat subuh dirumah yg dimamkan oleh saiful dan setelah selesai solat berjemaah mereka akan mengadakan liqa usrah. Usrah ini akan dimulakan dngan pengisian tazkirah oleh saiful serta isterinya dalam keadaan bergilir-gilir dan seterusnya mereka akan membincangkan segala masalah yang berkatian dengan keluarga.

“ Bismillahir Rahmanir Rahiym

Innal hamdulillah nahmaduhu wa nastainuhu wa nastagfiruhu wa na'uzu billahi min shururi anfusina wa min sayyiati a'malina may yahdihillahu fala mudillallah wa may yudlill fala hadiyala .......

Segala puji bagi bagi Allah Azza Wa Jalla, kita memuji, memohon pertolongan dan ampunan kepada-Nya. Kita berlindung kepada-Nya dari keburukan diri dan amal-amal kita. Barang siapa yang diberi petunjuk oleh Allah maka tiada seorangpun yang dapat menyesatkannya dan barang siapa yang disesatkan Allah maka tiada seorangpun yang dapat memberinya petunjuk. Aku bersaksi bahwa tiada Ilah selain Allah dan aku bersaksi bahwa Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya, Amma ba'du.

assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh wahai buah-buah hati abi, apa khabar smua?? Alhamdulillah smuanya sihat2 belaka…”

setelah selesai tazkirah maka bermulanya perbincangan keluarga…

“along .. abi dgar ummi cerita along gagal dlm ujian baru-baru nei betul??"

Anak sulungnya terdiam seketika, sambil memandang wajah abinya dengan rasa bersalah,

“ya abi, ummi benar. Along gagal dlm matematikTp kan abi, inikan perkara yg telah ditetapkan ALLAH , along tidak boleh berbuat apa-apa, ALLAH dah tetapkan along gagal maka along akan gagal dan seberat manapon usaha along, ALONG TETAP AKAN GAGAL SEBAB ALLAH TELAH MENTAKDIRKAN SEBEGITU”

wafa tiba-tiba tersentak dengan pengakuan anak sulungnya itu sambil memandang saiful,

“along… knpa cakap begitu, ALLAH meletakkan takdir seseorng itu atas usaha kita syg..”.

Wafa dengan lembut menasihati anaknya, tp anaknya seolah-olah tidak memahami maksud yg disamapikan wafa. Wafa melihat saiful dengan pandangan manja, dari benak fikirannya menginginkan kata-kata dan nasihat suaminya utk anaknya.

Saiful mengerti pandangan isterinya smbil mengukirkan senyuman, sebelum dia mulakan bicara dia mengamati wajah isteri dan anaknya dgn agak lama sambil tangan kanan menggenggam tangan isterinya dan tangan kirinya mengenggam pula tangan anak sulungnya, dan dia memerhati achik yg telah tertidur dlm ribaan wafa.

“along… abi ada satu kisah hendak diceritakan, along dengarlah dan sambil itu berusahalah utk berfikir dan memahami sedalam-dalammnya. Kisahnya mengenai seorang guru. Dia mempunyai pengalaman mengajar dan mendidik hampir 30 tahun. Pengalamannya sebagai seorang guru yang begitu lama itu menjadikan dia mampu menilai setiap para pelajarnya samaada lulus atau gagal berdasarkan kesungguhan mereka. Bila sehari sebelum waktu perperiksaan, guru tadi telah menulis diatas kertas nama anak muridnya yang akan gagal dan akan lulus pada peperiksaan esoknya. Dia mengambil senarai nama tadi dan ditampal dihadapan kelas sehingga para pelajarnya menjadi tertanya-tanya, “kenapa aku dalam senarai gagal??” “kenapa aku dalam senarai lulus??” masing-masing keliru dengan tindakan guru mereka itu. Selepas peperiksaan berakhir, keptutusan menunjukkan bahawa pelajar yang gagal dan berjaya adalah sama dengan senarai yang ditulis oleh guru tadi.

Adakah betul…. sekiranya pelajar yang gagal menyalahkan guru mereka kerana telah menetukan mereka gagal dalam peperiksaan tersebut? Dan adakah guru itu patut dimarahi anak muridnya yg telah gagal kerna telah menyenarainya dalam senarai gagal dan bukannya lulus??

Guru tersebut memerhati tingkahlaku anak murinya dan berkata, “adakah kamu mnjadikan pengalaman saya sebagi pendidik hampir 30 tahun dan kemahiran saya dalam menentukan sesuaatu perkara yang dinilai oleh saya berdasarkan kesungguhan kamu sebagai ALASAN untuk kamu menyembunyikan kebodohan dan kecuaian kamu? GAGAL ITU ADALAH DISEBABKAN DIRI KAMU!!!!

Saya hanya mengetahui perkara yang akan berlaku kepada kamu, bukan menentukannya.

Apa yang saya tulis diatas kertas tidak memaksa kamu memberikan jawapan yang meyebabkan kamu gagal. Tetapi apa yang berlaku ialah kamu menjawab berdasarkan kemahuan kamu sendiri.

Dan ALLAH tidak dapat dibandiangkan dgn apa pon, kerana dia maha agung. Sesungguhnya ALLAH megetahui hamba-hambanya, keadaan hamba-hambanya. Dia menulis perkara yang akan berlaku keatas mereka. Manusia di muka bumi ini sedang mengadapi perperiksaan. Oleh kerna ilmu ALLAH meliputi semua makhlukNYA, Dia megetahui segala-galanya dan Dia telah menulis keputusan peperiksaan tersebut dilembaraNYA. Keputusan peperiksaan itu adalah terletak kepada kita, manusia…

“tidakkah ALLAH yg menciptakan sekalian makhluk itu mngetahui (segala-galanya?) Sedang DIA MAHA HALUS urusan pentadbirannya, lagi maha mendalam pengetahuannya” al-mulk 14

Oleh itu tidak betul sekiranya sesorang yang melakukan dosa dan melakukan kerosakan mnjadikan kesempurnaan ALLAH dan ilmuNYA yang meliputi makhluknya sebagai alasan terhadap perbuatan dosa dan kerosakakan yang dilakukannya

Sesungguhnya ALLAH taala mgetahui apa yang akan berlaku dan pengetahuannya(ilmunya) tidak memaksa sesuatu berlaku berdasarkan apa yang DIA tahu. ALLAH megetahui masa depan sesorang doctor menerusi ilmuNYA, doctor itu sendri yang akan berusaha kearahnya.

Sebagaimana pengetahuan guru mengenai pelajarnya tidak memaksa pelajarnya memberikan jawapan tertentu ketika peperiksaan, begitu juga ALLAH, baginya perumpaamaan yang agung dan DIA tidak boleh dibandaingkan denagn sesuatu. IlmuNYA meliputi semua perkara yang akan berlaku. Tetapi ILMUNYA tidak memaksa sesornag mengmbil pendirian dan melakukan sesuatu (kabaikan atau kejahatan) ketika menempuh peperiksaan dalm kehiduapan dunia ini.

Sekiranya ALLAH taala memaksa kita melakukan kebaikan, ketika itu tujuan dunia ini dijadikan sebagai tempat peperiksaan tidak akan memberikan apa-apa makna. Begitu juga dengan balasan pahala atau azab yang meyusul selepas itu.

Along……

ALLAH tidak takdirkan sesuatu, tetapi ia menakdirkan sesuatu yg dinilai atas usaha, kesungguhan dan doa dari kita. Mana mugkin along dapat lulus sekiranya along tidak siapkan tugas yg guru berikan, kurang latihan dan kurang tumpuan dalam kelas?? Adakah along igin meyalahkan ALLAH atas segala kekurangan dan kesalahan along???

Along ingatlah firman ALLAH dalam surah fatir ayat 15…

“wahai manusia! Kamulah yang memerlukan ALLAH, dan ALLAH Dialah Yang Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu)”

Jgn belajar salahkan sesuatu atas kekurangan diri kita, along… dan jangan belajar salahkan orang lain sebaliknya belajarlah kita bermuhasabah diri dan meperbaiki segala kekurangan sebaik mungkin.

Abi rasa sekadar itu sahaja utk pagi nei.. insyallah, apa yang mnjadi sunnah kita amalkan dan apa yang baik kita jadikan pedoman, mudahan segala amal kita diterima ALLAH dan kita kembali kepadaNYA dengan sebaik-baik pengakhiran. Kita tutup liqa kita dengan tasbih kafarah dan surah al –asr……

Selesai bersalaman, selalunya along dan achik akan membuat aktiviti masing-masing samaada menonton tv atau bermain sebelum tibanya waktu duhha. Tinggalah sepasang suami isteri diruangan solat sambil bertentangan mata dan berbalas-balas senyuman. Wafa tersenyum melihat seorang lelaki yang berjubah dan berserban kemas dihadapannya adalah suami tercintanya. Tidak dipercayainya bahawa dia memiliki seorang suami yang soleh keperibadiannya kepada isteri dan anak-anaknya walhal suaminya adalah seorang enginner bukan ustaz tapi mampu utk menjadi imam di masjid, mampu memberi kuliah dan tazkirah di majis-majis ilmu dan mampu menaiki mimbar masjid untuk berkhutbah. Lelaki itu benar-benar berada dihadapannya sekarang. Wafa memegang tangan suaminya lalu menciumnya, dan mengusap lembut tangan saiful.

“abg… wafa nak tnya skit bleh??”

“hmm hmm, knpa syg?”

“ knapa abg pilih wafa sebagai isteri abg? Sedangkan dahulu wafa bukanlah wanita yg baik-baik”

“mungkin dahulu wafa bukan baik, tetapi sekarang ya!!!.. wafa isteri abg yg solehah. Manusia mana yang tidak melakukan kesalahan wafa, sayidina umar al-khattab adalah orang yang dahulunya menentang islam berubah mnjadi amirul mukminin, pemimpin bg orag2 mukmin, Hindun binti utbah yang memamah hati saidina hamzah juga memeluk islam dan diampunkan dan ditinggikan martabatnya. Wafa.., bila ALLAH meyatukan dua hati menjadi satu dlm keadaan DIA redha, maka akan terbinalah satu keluarga yang akan saling memperbaiki kelemahan diantara kedua-duanya. Akan terlahir dari mereka generasi yang bertakwa. Insyallah wafa…

Abg bersyukur mempunyai seorang bidadari yang sntiasa menemani abg, yang menghiburkan abg, kadang-kadang dia menjadi tongkat untuk menyokong abg, kadang-kadang pula dia menjadi bunga utk mengindahkan hidup abg, dan kadang-kadang juga dia menjadi ubat yg mujarab utk merawat luka dan sakit abg.

Wafa tersenyum medengar kata-kata dari saiful..

“abg.. wafa nak minta sesuatu bleh? Abg tlg tutup mata for a few second..”

“huh?? Ok..”

Wafa memerhatikan wajah suaminya, wajah lelaki yang disayanginya dan dia mencium pipi suaminya tika suaminya memejamkan mata.

“terima kasih abg, kerana menjadi suami terbaik utk wafa dan ayah terbaik kpda anak-anak kita. Wafa sayang abg sangat-sangat”

Walaupon sudah 5 tahun berkahwin saiful masih tetap malu dengan wafa, mukanya merah padam apabila pipinya dicium isterinya.

“subhanallah, syg letak cop kat pipi abg ea?”

‘ahaa cop bhawa abg adalah milik wafa”

“syg perlu bertnggugjwab dgn apa yg syg lakukan td kpd abg, syg kna buatkan abg susu bleh??”

“hahaha baiklah sayangku”

Mereka sekeluarga akan sama-sama beriadah sebelum bersarpan pagi. Setelah selesai bersarapan mereka pula akan sama menunaikan solat duhha secra berjemaah,

Selesai duhha along dan achik akan sambung kembali aktiviti mereka, kadang-kadang saiful dan wafa akan berada diruangan tamu, wafa akan membaca buku-buka agama dan saiful akan menghafal quran sambil berbaring atas riba isterinya sehingga ia terlena dan dikejutkan kembali apabila wafa igin menyiapkan makanan tengah hari. Inilah cerita keluarga idaman kami GBB, INSYALLAH….INSYALLAH…INSYALLAH… AMIN YA RABB….

Sunday, July 17, 2011

FITRAH CINTA or FITNAH CINTA

haih pagi2 lagi dah pi jenguk kambing..

~aku lihat kambing, aku lihat rumput... dn aku tahu itulah CINTA.

aku pdng sekeliling... aku lihat pokok, aku lihat tanah... aku juga melihat kesuburan CINTA diantara kedua-duanya...

aku melihat CINTA hujan kpd bumi, CINTA ibu kambing kepda anaknya...

detik hatiku, "sungguh indah CINTA, tiada ungkapan bahasa yg mampu mengungkapkannya, tiada anologi yg merealitikannya, tiada CINTA melainkan CINTANYA..


alangkah indahnya aku mencintai PEMILIK dan PENGATUR SEGALA CINTA...

"katakanlah(muhammad), "jika kamu mencintai ALLAH, ikutilah aku, nescaya ALLAH mencintaimu dan mengampuni dosa-dosamu. "ALLAH maha pengampun, ,maha penyayang. " ali-imran ayat 31

tapi pengalamanku myatakan pendapat berbeza, KRN diriku prnah ternoda... AKU PERNAH DIPERBODOHKANNYA... taman hatiku kotor...aku mezalimi diriku, aku menzalimi imanku, aku menzalimi ilmuku.... pengalamnku mengatakan...

CINTA, sepatah perkataan yg dpt meneroka halusinasi dgn angan2, mukadimah kpd ZINA, FITNAH dan PEMBAWA BENCANA... inilah nafsu cinta yg bertuhankan mnusia..

apakah ada didunia ini sesorng yang tidak pernah teruji dengan naluri fitrahnya?? taman larangan hatinya terjaga?? sesorng amat menitik beratkan ttng siapa yg dicintainya?? siapakah dia???

wahai org2 yg dilamun cinta, renungi ayat ini....

"dan diantara manusia ada org yang menyembah Tuhan selain ALLAH sebagai tandingan, yang mereka cintai seperti mencintai ALLAH. Adapon org2 yg beriman sangat besar cintanya kepda ALLAH...." al-baqarah ayat 165

Piramid Melayu tersembunyi di lautan Jepun



Sebuah piramid telah ditemui oleh sekumpulan arkeologi di dasar laut di jepun. Namun, anehnya piramid tersebut dikatakan mempunyai banyak ciri-ciri KeMelayuan. Tidak semua binaan piramid ini selamat. Kebanyakan binaan piramid yang melalui senibina kepingan batu besar ini akan terselit 'keris' sebagai lambang bangsa pembina. Oleh kerana itu, rekod bangsa Melayu, telah banyak kali dipadam dan disembunyikan oleh pendatang-pendatang Eropah kerana mereka tahu, (rekod tamadun Melayu tidak berada di tangan Melayu lagi), pesaing tamadun di Timur bukanlah dari empayar Dinasti Chin dan Dinasti Ming di tanah besar China.
Namun, hakikatnya ialah, Raja kepada segala Raja di Timur ialah empayar agung Melayu. Betapa hebatnya Raja bagi segala tamadun Timur ini apabila mereka terkenal dengan gelaran Raja Lautan dan Raja Daratan. Di mana-mana negeri-negeri yang berada dalam naungan mereka :-
ada yang digelar tanah penghujung dunia,
ada yang digelar Semenanjung Emas,
ada yang digelar Survana Bumi,
ada yang digelar Golden Chersonese,


Siti Nurhaliza sambung belajar di UiTM?? GBB xheran pun...



SHAH ALAM, 10 Julai — Penyanyi tersohor negara Datuk Siti Nurhaliza Tarudin bakal mengikuti pengajian di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini tidak lama lagi.

Meskipun mengambil keputusan meneruskan kerjaya sebagai penyanyi selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), beliau berkata cita-cita melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi tidak pernah padam sejak lebih 10 tahun lalu, lapor Bernama Online hari ini.

Bidang muzik menjadi pilihan memandangkan ia seiring dengan kerjayanya sebagai penyanyi, dan beliau percaya UiTM merupakan tempat terbaik untuk menggenggam sekurang-kurangnya segulung diploma dalam bidang berkenaan.

Definasi Melayu

Frank sweettenham(1990)”…tingkah lakunya tertib dan santai.tidak pernah merungut dia berhati-hati dengan orang asing walaupun tidak mengambarkannya.Boleh dipercayai jika diberi amanah,suka bermewah.suka meminjam tetapi lambat membayar,mengambil berat tentang jiran tetangga tetapi suka juga membawa gossip.Dia adalah pengikiut Muhammad.Yakin kepada takdir tetapi percaya juga kepada tahyul.Tidak gemar minum,jarang-jarang menghisap candu tetapi berminat dengn judi dan berlaga ayam.

Kematian itu adalah pembuka segala rahsia....

“maka hadapkalah wajahmu kepda agama (islam) sesuai dengan fitrah ALLAH disebabkan Dia telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada ciptaan ALLAH. Itulah agama yg lurus, tepi kebnyakan mereka tidak mengetahui” ar-rum 30


~entahlah hatiku begitu tersentuh dgn persoalan kematian semnjak keblakangan ini. Dulu masa aku kecik dulu aku terlalu tkut dgan “masuk jawi” (bersunat), kerana sangkaku aku tidak dpt kencing lagi, dan aku tertnya2 mcm mna laa rasa bila kena “potong “, dan aku telah myusahkan org ramai utk menangkap aku, dan terbukti akulah yang paling kuat nangisnya. Aku juga tertanya2 mcm mna ea rasanya kerja nnti? Mcm mna ea rasanya berkahwin, mesti best? Mcm mna la rasa dpat anak? Mcm mna laa kan dapat cucu? Mcm mnalah rasanya jadi org tua?

Insyallah smua ini akan aku lalui, tp nilaian muqarabah mmbuatkan aku tertnya2 MCM MNA LA EAA RASANYA MATI? sakit ka?? geli??

Org yang paling bijak adalah org yang slalu mengingati mati dan mmepersiapkan dirinya untuknya. Bagiku kematian adalah jalan mnuju kepda impian hakiki, yakni syurga. Inilah impian yg mnjadi dambaan dan angan-angan kita. INSYALLAH mudah2 kita adalah penghuninya. Tapi hati2 kerama amat hampir dgn kita adlah neraka.

Cuba khabarkan kepdaku. Siapakah manusia yang berpagi-pagi dan berpetang-petang dalam keadaan dia tidak melakukan dosa sepanjang harinya. TIDAK!! Anologinya kita seakan sebuah mesin yg tetap kerosakkannya (permanent failure) walaupon bukan pada komponen yang sama. Penciptaan mesin adalah untuk memudahkan kerja manusia, tp kerosakkan mesin tesebut adalah penyebab manusia susah. NAH!!! Buktinya mesin yang kita ciptakan utk memudahkan kita masih tetap saja akan meyusahkankan apabila ia rosak.

Begitulah manusia dan dosa, setiap perkara dan pekerjaan yang dilakukan walupon niatnya baik pasti terdapt sedikit dosa dan noda di dalamnya. Setiap manusia itu pasti melakukan dosa dan ingatlah.. sebaik-baik org yng berdosa adalah org yang bertaubat.

Ya ALLAH bntulah aku dan sahabt2 aku manjadi soleh/solehah, bantulah kami dalam meningatimu, bantulah kami juga dalam mentaatimu, bantulah kami dalam bersyukur atas segala nikmatmu, bantulah kami dalam beribadat dgn baik kepdamu. Jadikanlah kami hafiz dan hafizah, permudahkanlah kami mnghafal ayat-ayat sucimu. Bantulah kami dalam ketakwaan dan keimanan kepdamu. Golongkanlah kami dalam golongan yang diampunkan dan diberi rahmat olehMU. Amin ya rabb.

INGATLAH sahabt2ku,
  1. kematian itu adalah pembuka segala rahsia,
  2. hari kiamat itu adalah penguji perkhabaran amal kita
  3. dan seksa itu akan pembuka terbesar segala keaiban kita.
Inagtlah, apabila kita melakukan dosa, janagnlah memandang kecilnya, tp lihatlah PADA SIAPA KITA BERBUAT MAKSIAT.

Apabila dianugerahkan rezeki walupon sedikit, jangnlah melihat jumlahnya tetapi LIHATLAH
SIAPA YANG MEMBERINYA. Siapa lagi klou bkn ALLAH????

ALLAH telah mnjamin rezeki kita, tapi kenapa kegelisahan kita berterusan??,
ALLAH telah meletakkan ganti atas kebajikan kita tp kenapa kita masih kedekut dlm kebajikan??.

Jelaskan shabat2... bahwa syaitan itu adalah musuh ALLAH tapi kenapa kita masih lalai???.
Dan jelas2 bagi kita wujudnya neraka, tapi kenapa kita tidak berusaha mnghindarinya???….

"yang mnciptakan mati dan hidup untuk mnguji kamu, siapa diantara kamu yang lebih baik amalnya. Dan dia mnahaperkasa maha pengampun" al-mulk 2

~perbualan fasilitator dgn anak-anak buahnya yg menyertai kem hafazan..(cerita benar)

fasi:....ok adik2, skarang neh abg nak tnya antra penghidupan dan kematian yang manakah adik2 akan dipilih.
3minit berlalu tnpa suara.... tiba seorng budak berusia 8 thun angakt tnagn
farhan: abg saya nak mati abg.. klou saya tak mati mcm mna saya nak masuk syurga...

fasi: (dm hati: subhanallah, hebat budak neh... klou lah aku mcm neh... ) ......-sambil tersnyum- .....baiklah adik2 benar apa yg dikatakan farhan, syurga itu bagi org2 yang bersedia kan kematiannya. Kesediaan dirinya dgn amal ibdatnya, sedekah jariahnya, serta keturunan yang baik yg ditinggalkannya... Apabila disaat kita sedar akan nilaian kehidupan, maka bersedialah utk kematian, dan mati itu pasti bagi segala penghidupan kecuali ALLAH yang tidak akan binasa. Jgnlah kamu menyalahkan takdir hidup kamu, seandainya kamu demikian samalah ertinya kamu meyalahkan ALLAH dalam kehidupan kamu... adik2 sekalian, jadilah baik dan perbaikilah org disekeliling kamu..
..................................................................................................................................................
“sesnugguhnya orang-orang mukmin yang telah mengimani ALLAH dan rasulNYA, merekalah orang-orang yang berbuat baik kepda orang yang berbuat jahat kepda mereka. Mereka menghubungkan silaturahim dengan orang yang mumutusakan hubungan dengan mereka, memaafkan orang-orang yang mnghalang mereka, mempercayai orang yang mengkhianati mereka, bercakap-cakap dengan orng yang telah mengusir mereka serta memuliakan orang-orang yang telah mnghina mereka: sesungguhnya AKU(ALLAH)sangat mengetahui tentang kamu smua”

Hadith qudsi dipetik dari “al-mawa’izh fi al-ahadith al-quftsiyah” karangan imam al-ghazali

“dengan kembali BERTAUBAT kepadaNYA dan BERTAKWALAH kepadaNYA serta laksanakanlah solat dan janglah kamu termasuk orang-orang yang mempersekutukan ALLAH” ar-rum 31

--by kicap tamin

ajal.. ajal... dimanakah ia??

“dan setiap umat mempunyai ajal. Apabila ajalnya tiba, mereka tidak dapat menunda atau percepatkan sesaat pun” al-araf 34

~segala puji bagi ALLAH azza wa jalla, yang meguasai langit dan bumi, kita memuji , memohon pertolongan dan ampunan kepdaNYA. Kita berlindung dari keburukan diri dan amal-amal kita. Barangsiapa yang diberi petunjuk oleh ALLAH maka tiada seornag pon yang dapt meyesatkannya, barangsiapa yang disesatkan ALLAH atas kebodohan dirinya, maka tiada siapapun yang dapat memberikan petunjuk kepdanya. Berlindunglah kita kepada ALLAH daripada digolongkan bersama orang-orang yang bodoh. Aku bersaksi bahawa tiada tuhan selain ALLAH dan aku bersaksi bahawa Muhammad adalah pesuruh ALLAH, Amma ba’du.

~hmmm…. Sedar-sedar rupanya sudah final sem, pasnei GBB akan bawa haluan masing-masing, ada yang ingin berkerja, ada yang ingin berehat, ada yg ingin smbung belajar. Malah ada yang gatai nak kawin...

Sengaja saya ingin ceritakan kisah keadaaan kita tatkala dunia dan seisinya menjadi binasa dan kosong dari isinya dan keindahannya, saat itu tiada lagi keseronokkan dunia, saat itu tiada lagi kesibukan bekerja, saat itu kita tidak lagi mempunyai apa2 melainkan segala amal kebaikan kita di dunia.

Didalam kitab bidayatul hidayah diceritakan bahawa pada hari kiamat nnti, akan didatangkan neraka jahannam dgn megeluarkan suaranya, suara nyalaaan api yang sangat mengerunkan, semua umat menjadi berlutut kerena kesusahan dalam menghadapi ketika itu.

”dan pada hari itu engkau akan melihat setiap umat berlutut. Setiap umat dipanggil untuk (melihat) buku cacatan amalnya. Pada hari itu kamu akan diberi balasan atas apa yang telah kamu kerjakan” al-jasiyah 28

Sebaik sahaja mereka mnghmapiri neraka itu, mereka mendengar geraman api nereka dgn nyalaan apinya, dan dijelaskan dalam kitab, suaranya nyalaan api neraka itu dapat didengar sejauh 500 tahun perjalanan.

Pada waktu itu akan berkata setiap orang termasuk para nabi-nabi dgn ucapan “diriku, diriku (selamatkanlah diriku ya ALLAH) kecuali hnya seorang nabi sahaja yang akan berkata “umatku, umatku”. Beliau adalah junjungan besar kita nabi Muhammad shalallahu a’lahi wasallam.

Pada masa itu keluarlah api neraka jahanam sperti gunung-ganang, maka tika itu umat Muhammad shalallahu a’lahi wasallam berusaha meghalanginya dengan berkata “Wahai api! Demi hak org2 yang menunaikan solat, demi hak2 org yg bersedekah, demi hak2 org yg khusyuk dan demi hak org yg berpuasa, pergilah engkau dari sini!!!…..

Walupon dikatakan demikian api neraka itu tetap tidak mahu kembali, lalu malaikat jibrail a.s berkata “sesungguhnya api neraka itu menuju kepda umat Muhammad “ kemudain jibrail a.s mmbawa semangkuk air dan baginda mengambilnya dan berkata jibrail a.s “wahai rasulullah, ambilah air ini dan siramkanlah padanya” lalu baginda mngambil dan meyiramkannya pada api itu, maka terpadamlah api itu.

Setelah itu baginda bertanya kepada jibrail a.s “wahai jibrail air apakah itu?” maka jibrail a.s menjawab “itulah air mata org2 yg derhaka yg terdiri dari umatmu yg menangis kerana takut akan ALLAH. Aku diperintahkan untuk memberikannya kepadamu agar engaku menyiramkan pada api itu, maka padamlah api itu dengan izin ALLAH.

Ya ALLAH anugerahilah kami dua buah mata yang sentiasa menangis kerana takut kepda mu, sebelum tidak ditemukan lagi air mata…..

DUNIO….DUNIO… ~aku melihat sedikit sekali manusia beramal diatas permukaanmu, termasuk diriku penulis ini, mereka terlalu bangga mengejar keseronokan yang ada pada kamu(dunia), sehinggakan mereka terpesong jauh dari fitrah kejadian mereka dan jauh dari agama mereka.

BENAR!!, kita terlalu sibuk dengan urusan dunia sehingga kadang-kadang terlupa asal usul kedatangan kita? Tujuan kita diwujudkan? Kemana hala tuju dan penghujung perjalanan kita?

“ketahuilah sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan sendagurauan, perhiasan dan saling berbangga di antara kamu serta berlumba dalam kekayaan dan anak keturunan, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani, kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning dan menjadi hancur. Dan diakhirat(nnti) ada azab yang keras dan ampunan ALLAH serta keredhaanNYA. Dan kehiduopan dunia tidak lain hanyalah kesenangan yang palsu” al-hadid 20

Wahai sahabat-sahabatku, ingatlah kita datang dari ALLAH, perjalanan kita terlalu jauh, destinasi kita terlalu mencabar, kehidupan kita terlalu sukar sekiranya matlamat kita adalah kejayaan akhirat. Maka berusahalah untuk itu, doakanlah sesama kita,supaya doa itu menjadi kekuatan dan pendorong untuk terus menjadi lebih baik.

Dunia bagi mukmin itu adalah tempat persinggahan, ibarat musafir yang berjalan mnuju destinasinya. Ia juga adalah ladang untuk bercucuk tanam dengan segala amal soleh, segala perlaku yang baik.

Penulis teringatkan cerita yang diriwayatkan oleh imam muslim dalam kitab sahihnya ketika Muaz’ bin Jabal r.a tatkala kewafatannya yakni ketika subuh, dia mnyuruh anaknya melihat diluar rumahnya, adakah sudah terbit fajar atau belum. Anaknya bergegas melihatnya, tetapi fajar masih belum muncul. Saat berberapa ketika lagi Muaz meminta anaknya supaya melihat kembali, maka setelah fajar terbit maka dimaklumkan oleh anaknya kepadanya, maka tika itu muaz berdoa…

“Ya ALLAH, aku berlindung daripada engkau dari pagi yang membawa aku ke neraka, sesungguhnya ENGKAU maha megetahui tentang diriku, aku tidak hidup hanya semata-mata untuk bercucuk tanam tanaman, aku tidak hidup untuk mengairkan sungai-sungai, aku tidak pula hidup untuk mendirikan gudang-gudang dan aku tidak hidup untuk mendirikan istana-istana, tapi….

Muaz’ bin Jabal r.a terdiam seketika, anaknya yang berada disisinya merasa hairan dan bertanya,

"wahai ayahku, untuk apakah kamu hidup di dunia ini? Dan apakah yang meyebabkan kamu mencintai hidup ini?"

Muaz menjawab….

"aku hanya mencintai hidup untuk tiga perkara”….

aku mencintai hidup untuk BERPUASA DISIANG HARINYA,

aku mencintai hidup untuk BERQIAMULLAI DIMALAM HARINYA,

Dan aku mencintai hidup untuk BERSAMA DENGAN ULAMA DALAM MAJLIS ZIKIR MEREKA

~by K.T (kicap tamin)

“KALAU BEGITU, BANTULAH AKU MEMENUHI KEINGINANMU ITU DENGAN MEPERBANYAKKAN SUJUD”

mengapa mata hati menafikan pencintaan kali kedua(akhirat) sedangkan mata lahir telah menyaksiakan pencintaan kali pertama (dunia) dengan begitu terang dan nyata~

bismillahirrahmanirrahim,

Assalamua’laikum...

aku mulakan penulisanku dgn kalimat yg penuh keagungan dan kalimat yg penuh dgn rahmat. Segala puji bagi ALLAH, tuhan aku dan tuhan kalian semuanya. Aku berlindung kepada ALLAH daripada termasuk golongan di kalangan orang-orang yg bodoh. Tiada petunjuk melainkan itu dari ALLAH dan aku menyerahkan diriku sepenuhnya kepadaNYA.

Selawat dan salam kepada junjungan mulia, Muhammad shalallahu alahi wasallam, aku bersaksi bahwa tiada tuhan selain ALLAH dan baginda adalah pesuruh ALLAH. Baginda telah menjalankan amanah, meyampaikan risalah, dan berjuang demi ummatnya sehingga keakhir hayatnya. Amma ba’adu.

haiiii... smua kawan-kawan ku, geng-geng ku, member-member ku, datuk-datuk ku, nenek-nenek ku, awek-awek ku, isteri-isteri ku, janda-janda ku dan haiwan-haiwan peliharaan ku. :D

Sheikh Ibnu A’thaillah dlm kitabnya al-hikam mengungkapkan….
“maa nafaa’l qalbu mislu uzlatun yudakhillu bi haa miidanun fikrh”
(tak ada sesuatu yg sangat berguna bagi hati melainkan ia menyendiri untuk masuk kemedan berfikir).

Lihatlah oleh kita semua penciptaan langit yang kita ketahuinya tanpa tiang, TAPI IA TETAP UTUH. Lihatlah pula oleh kita penciptaan air pada sungai, yg sekian lama ia mengalir TANPA IA PERNAH KERING. Dan sekarang lihatlah rupa kalian semuanya, adakah ADA KECACATAN KEPADANYA? .

Isi-isi kulit dan otot kalian menutupi bahagian dalamnya, yang mengandungi cecair, tulang bendulang, dan urat-urat, tiada mustahil bagi ALLAH sekiranya DIA mahu menciptakan kita tanpa kulit dan isi, maka jadilah kita seakan-akan ZOMBA!!!(zombie). Confirm huduh kan…
(jerawat tu bukan kecacatan, tp ia mnunjukkan sifat GALAK dan GATAI korang da bertmbah..)
…………………………………..

~saudara/saudari ku yang seiman dan seperjalanan dengan ku, apabila hakikat mata lahir kita memandang pemandangan didunia ini nescaya kita akan dapati dunia ini indah menawan, penuh dengan keindahan dan perhiasan. Segala perhiasannya itu akan meyebabkan kita meyibukkan diri kita dengan seribu pesonannya tanpa kita sedar kealpaan dan kelekaan yang sedang menyerubungi kita.

TETAPI apabila kita memandang dunia dengan mata hati, sesungguhnya kita akan kecewa, bahkan menangis dengan segala kecacatan dan kerosakan yang ada padanya.
DUNIA ITU TIADA ERTINYAAAA…!!! BAGI ORG2 YANG MENJADIKAN HAWA NAFSU SEBAGAI KENDERAANYA.. BAHKAN LAGI SESAT APABILA IA MNJADIKAN NAFSUNYA SEBAGAI TUHANNYAAA…


1. Kecacatan pada dunia itu terletak kepada selera anda. Makanan yang anda gemari tidak akan sentiasa menghiburkan diri anda, di suatu saat nanti, apabila tubuh anda tidak mampu lagi untuk mnyerapnya maka makanan itu akan memudharatkan diri anda. Anda akan ditinggaikannya dengan keadaaan anda sakit menderita.

2. Suami isteri yang pada mulanya menyatakan kebahagian dunia itu terletak pada perkahwinan, mereka memulai perkahwinan dengan cara yang salah, berhubungan dengan cara yang salah, sedangkan pada tika itu mereka merasakan diri mereka begitu bahagia. Dan akhirnya selepas nikah, tiada keberkatan didalamnya dan kebahagian itu mula luntur dan hilang.

3. Anak yang diharapkan dan disayangi sebagai tempat pergantungan hidup apabila tua kelak, ia meninggalkan anda sendirian. Nafsu telah menguasainya dirinya sehingga ia lupa pengorbanan anda.

4. Kekayaan yang anda kumpulkan sehari demi sehari demi kenikmatan yang agak lama, tidak akan terus bersama anda apabila anda terlantar sakit yang tidak ada ubatnya(buta, pekak). Dan kemewahan anda tiada ertinya.

~makanan meyeksakan kita kecuali kita memakannya sekadar memenuhi keperluan tubuh utk beribadat kepda ALLAH. Anak bakal menjadi musuh kecuali kita memikul amanah itu dengan membinanya berdasarkan ilmu ALLAH. Dan smua kesibukkan yang memalingkan diri kita daripada mengabdikan dan beribadat kepada ALLAH adalah BENCANA yang perlu kita hindarinya.

“sujudlah rupaku dan seluruh diriku kepada tuhan yag telah menciptakannya dan membuntuk rupanya, tuhan yang mmberi pendengaran dan pengliharan diperantaraan mata dan telinga, dengan kuasanyalah pndengaran dan penglihatanku terpelihara dengan selamat"(DOA SUJUD SAJADAH)

~sekiranya dirmu terkurung dek kerana perbuatan-perbuatan jahatmu, maka bebaskanlah dirimu dengan istighfar dan taubat. Dan sekiranya punggung-punggung kamu berat disebabkan dosa2 kamu, maka ringankanlah ia dengan memanjangkan sujudmu...

*************

tika bani syabibah datang kepada Rasulullah shalallahu alahi wasallam untuk meminta bantuan baginda, dan baginda bersabda

“apakah hajat kalian yang perlu kami bantu?”

Semua diantara utusan bani syabibah menyatakan hasrat mereka kepada rasulullah shalallahu alahi wasallam, ada yang meminta buah kurma, meminta makanan, harta dan sebagainya kecuali rabi’ah bin ka’b al- salami.

Dia berkata kepada baginda..
“yang aku pinta adalah utk berada disampingmu kelak disyurga”

Rasulullah shalallahu alahi wasallam bertanya lagi..
“adakah kamu mempunyai keperluan selain itu?”

Ra’biah mnjawab.,
“itu saja kperluan aku wahai kekasih ALLAH”

Lalu baginda bersabda..
“KALAU BEGITU, BANTULAH AKU MEMENUHI KEINGINANMU ITU DENGAN MEPERBANYAKKAN SUJUD

Ini adalah pembuktian kami, sebagai seorang student engineering bukan student agama. Oleh kerana kami bukan pelajar khusus bidang agama, MAKA KAMI GBB BERUSAHA BERAMAL DENGAN AGAMA. Mengapa??
Kerana kami mengimani ALLAH dan hari akhirat, kami sedar bahawa kami adalah ummah perantara. KAMI DIAMANAHKAN OLEH ALLAH SEBAGAI KHALIFAH DIMUKA BUMI UNTUK MELAKSANANKAN SHAHADATUL HAQ (KESAKSIAN TERHADAP KEBENARAN).

Inilah pengertian syahadah yang sering kita lafazkan. Inilah yang ditinggaklan BAGINDA pesuruh ALLAH kepada kita setelah pemergiannya. Kalimah ini meminta kita menjelaskan kepada seluruh manusia tentang kebenaran yang nyata dan kita perlu menhubungkan mereka kearah kebahagian dunia dan akhirat. INILAH satu-satunya pendekatan sebenar dari ALLAH yang perlu kita sebarkan. INILAH satu-satu pendekatan yang DIREDHAI ALLAH. Satu satunya pendekatan yang membawa kebahagiannya kepda seluruh umat manusia. INILAH DAKWAH…. Pelaksananya begitu luas, diantaranya adalah AMALAN SOLEH yang kita lakukan, melalui AKHLAK YANG TERPUJI yang kita miliki serta melalui PEMERINTAHAN YANG ADIL supaya hari dimana segala saksi bangkit meyatakan persaksian mereka, maka kita adalah golongan yang telah disaksikan melaksanakan DAKWAH..

“……agar rasulullah menjadi SAKSI atas diri kamu dan agar KAMU menjadi SAKSI TERHADAP SEGENAP MANUSIA…….” Al-hajj 78

---by K.T (kicap tamin)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...