
"ya tuhan kami, anugerahkanlah kpda kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati, Dan jadikan kami pemimpin bagi orang yang bertakwa" al-furqan 74
Inilah madrasah tarbiyah yang dibina oleh seorang enginner yang berada dalam tarbiyah jamaie. Dari segi perwatakkanya, sikapnya, akhlaknya bercirikan muslim yang baik. Menyedari kepentingannya dalam membina baitul muslim, untuk melahirkan generasi-generasi soleh dan solehah, dia(Ir Saiful) telah memilih seorang wanita yang juga solehah, mukminah dan baik juga agamanya sebagai peneman hidupnya didunia dan insyallah juga di diakhirat(syurga).
Dia dijodohkan dengan seorang wanita yang hanya baru dikenalinya sehari sebelum dinikahkan. Perkahwinan bagi dirinya adalah untuk menjaga dirinya dan sebagai peyempurnaan kepada keimanannya. Dengan rezeki dari ALLAH dia berjaya membuka syarikatnya yang pertama di Australia sejurus 1 tahun perkahwinannya dan diuruskan oleh orang kananya. Isterinya (Dr.Wafa), juga hebat, seorang guru disekolah tahfiz tetapi memiliki PhD dalam bidang kaunseling. Hasil perkongsian mereka selama 5 tahun, mereka dikurniakan ALLAH dua orang cahaya mata.
Dengan ilmu ALLAH, mereka suami isteri mmbesarkan buah hati mereka dalam suasana bia’h yang soleh, dengan didikan yang baik dan dibesarkan mereka dengan acuan agama yang diredhai. Kebiasaan rutin harian mereka adalah solat berjemaah dimasjid atau dirumah, malah ditambahkan pula dengan usrah yang menjadi tunjang kekuatan dan pendekatan syura dalam keluarganya utk sama-sama dalam meyelasaikan masalah keluarga.
…………………………………………….
Pada hari minggu, adalah kebiasaan bagi pasangan suami isteri ini untuk bangun lebih awal dari kebiasaannnya kerana mereka menyediakan waktu yang khusus ini untuk beribadat kepada ALLAH. Inilah bukti ikatan cinta diantara mereka, mereka bersatu atas restuNYA, berkasih sayng dalm keredhaanNYA, cinta mereka adalah wasilah cinta kpd tuhanNYA. Dan inilah pembuktian cinta mereka, mereka adalah pasanagan yang mendambakan syurga sebagai matlamat akhir mereka.
Pagi itu, ALLAH memberi kekuatan untuk saiful bangun disamping pelukkan isterinya, dengan perlahan dan berhati-hati dia bangun terlebih dahulu tanpa mengejutkan bidadari yang masih nenyak tidur disebelahnya. Lantas dia menyucikan diri, setelah itu dalam keadaan cahaya samar-samar dia mencari-cari jubah yang selalu dipakainya ketika solat. Jubah itu selalu disangkutnya berhampiran dengan ruangan munajat apabila selesai solat, dan akan dipakai smula keesokkan harinya.
Dia tersenyum apabila menghampiri jubah itu, di ambil jubah itu lalu dicium, ternyata benar sangkaannya, isterinya telah mengantikan jubahnya dgn jubah yg telah disterika. Dia menyarungkan ketubuh smbil mulutnya lembut berkata;
“terima kasih sayang…”.
Dibalutnya serban yang dihadiahkan oleh ayahnya kemas dikepala lalu dihidupkan malam itu dengan takbir dan dialunkan rakaat pertamanya dengan hafalan qurannya. Dicelah keheningan malam itu terdengar tangisan-tangisan kecil yang terkeluar dari mulutnya kerana perasaan bersalah dan penyesalan sebagai manusia biasa terhadap kelemahan-kelemahan dirinya.
Dia akan mengambil sekurang-kurangnya satu jam untuk menamatkan solat-solat yang mnjadi rutinnya. Setelah itu dia akan megejutkan isterinya kesayangannya.
Dia kemudian terus ke kamar dan mnyalakan lampu untuk megejutkan bidadari yang diamanahkan ALLAH kepdanya. Dari sinar lampu kamar, dia sekali lagi tersenyum apabila melihat wajah semulajadi isterinya yang masih nenyak tidur, sambil mulutnya berdoa; “Ya ALLAH, Engkau cantikkanlah wajah isteriku hanya pada pandangan mataku dan hatiku, dan Engkau cantikkanlah wajahku hanya pada pandangan mata dan hati dia, amin ya rabb”
Dihampiri rapat kekatil dan dengan lembut tangannya menampar-nampar kecil pipi wafa, dan sekiranya isterinya tidak terjaga maka dia akan merenjis-renjis air pada wajah isterinya sebagimana yang dilakukan Rasulullah shalallahu alahi wassallam kepada syaidatina Aisyah r.a apabila baginda ingin membangunkan Syaidatina Aishah r.a.
“Sayang…. Saaayang… bangunnnn, jommm tahajjud…..”
Wafa, isteri yang mentaati perintah suami, isteri yang cintakan akhirat dan dunianya adalah semata-mata ladang untuk beramal ibadat. Wafa bangun apabila dikejut oleh suaminya, lantas ia menyucikan diri dan merebahkan badan sambil menyungkur sujud kepada pengatur segala urusan kehidupan sehariannya.
Saiful terus mengejutkan anak-anaknya setelah wafa bangun, agar anak-anaknya tidak terlepas dari melakukan ibadat sunat yang mnjadi sunnah baginda rasulullah shalallahu alahi wassallam. Malam itu mereka sekeluarga sama-sama menghidupkan cahaya kebahagian dalam istana mereka, cahaya yang mnjadiakn mereka seorang hamba yang mentaati penciptanya, yang bersyukur atas rahmatNYA dan yg redha dengan ketentuanNYA. Cahaya yang dituju itu bakal membimbing perjalannan hidup mereka, cahaya yang bakal menerangi liang-liang lahad mereka, dan cahaya yang membahagiakan kehidupan akhirat mereka. Itulah yang sedang bina dan usahakan mereka, adalah semata mencari redhaNYA.
Pagi itu mereka akan solat subuh dirumah yg dimamkan oleh saiful dan setelah selesai solat berjemaah mereka akan mengadakan liqa usrah. Usrah ini akan dimulakan dngan pengisian tazkirah oleh saiful serta isterinya dalam keadaan bergilir-gilir dan seterusnya mereka akan membincangkan segala masalah yang berkatian dengan keluarga.
“ Bismillahir Rahmanir Rahiym
Segala puji bagi bagi Allah Azza Wa Jalla, kita memuji, memohon pertolongan dan ampunan kepada-Nya. Kita berlindung kepada-Nya dari keburukan diri dan amal-amal kita. Barang siapa yang diberi petunjuk oleh Allah maka tiada seorangpun yang dapat menyesatkannya dan barang siapa yang disesatkan Allah maka tiada seorangpun yang dapat memberinya petunjuk. Aku bersaksi bahwa tiada Ilah selain Allah dan aku bersaksi bahwa Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya, Amma ba'du.
assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh wahai buah-buah hati abi, apa khabar smua?? Alhamdulillah smuanya sihat2 belaka…”
setelah selesai tazkirah maka bermulanya perbincangan keluarga…
“along .. abi dgar ummi cerita along gagal dlm ujian baru-baru nei betul??"
Anak sulungnya terdiam seketika, sambil memandang wajah abinya dengan rasa bersalah,
“ya abi, ummi benar. Along gagal dlm matematik… Tp kan abi, inikan perkara yg telah ditetapkan ALLAH , along tidak boleh berbuat apa-apa, ALLAH dah tetapkan along gagal maka along akan gagal dan seberat manapon usaha along, ALONG TETAP AKAN GAGAL SEBAB ALLAH TELAH MENTAKDIRKAN SEBEGITU”
wafa tiba-tiba tersentak dengan pengakuan anak sulungnya itu sambil memandang saiful,
“along… knpa cakap begitu, ALLAH meletakkan takdir seseorng itu atas usaha kita syg..”.
Wafa dengan lembut menasihati anaknya, tp anaknya seolah-olah tidak memahami maksud yg disamapikan wafa. Wafa melihat saiful dengan pandangan manja, dari benak fikirannya menginginkan kata-kata dan nasihat suaminya utk anaknya.
Saiful mengerti pandangan isterinya smbil mengukirkan senyuman, sebelum dia mulakan bicara dia mengamati wajah isteri dan anaknya dgn agak lama sambil tangan kanan menggenggam tangan isterinya dan tangan kirinya mengenggam pula tangan anak sulungnya, dan dia memerhati achik yg telah tertidur dlm ribaan wafa.
“along… abi ada satu kisah hendak diceritakan, along dengarlah dan sambil itu berusahalah utk berfikir dan memahami sedalam-dalammnya. Kisahnya mengenai seorang guru. Dia mempunyai pengalaman mengajar dan mendidik hampir 30 tahun. Pengalamannya sebagai seorang guru yang begitu lama itu menjadikan dia mampu menilai setiap para pelajarnya samaada lulus atau gagal berdasarkan kesungguhan mereka. Bila sehari sebelum waktu perperiksaan, guru tadi telah menulis diatas kertas nama anak muridnya yang akan gagal dan akan lulus pada peperiksaan esoknya. Dia mengambil senarai nama tadi dan ditampal dihadapan kelas sehingga para pelajarnya menjadi tertanya-tanya, “kenapa aku dalam senarai gagal??” “kenapa aku dalam senarai lulus??” masing-masing keliru dengan tindakan guru mereka itu. Selepas peperiksaan berakhir, keptutusan menunjukkan bahawa pelajar yang gagal dan berjaya adalah sama dengan senarai yang ditulis oleh guru tadi.
Adakah betul…. sekiranya pelajar yang gagal menyalahkan guru mereka kerana telah menetukan mereka gagal dalam peperiksaan tersebut? Dan adakah guru itu patut dimarahi anak muridnya yg telah gagal kerna telah menyenarainya dalam senarai gagal dan bukannya lulus??
Guru tersebut memerhati tingkahlaku anak murinya dan berkata, “adakah kamu mnjadikan pengalaman saya sebagi pendidik hampir 30 tahun dan kemahiran saya dalam menentukan sesuaatu perkara yang dinilai oleh saya berdasarkan kesungguhan kamu sebagai ALASAN untuk kamu menyembunyikan kebodohan dan kecuaian kamu? GAGAL ITU ADALAH DISEBABKAN DIRI KAMU!!!!
Saya hanya mengetahui perkara yang akan berlaku kepada kamu, bukan menentukannya.
Apa yang saya tulis diatas kertas tidak memaksa kamu memberikan jawapan yang meyebabkan kamu gagal. Tetapi apa yang berlaku ialah kamu menjawab berdasarkan kemahuan kamu sendiri.
Dan ALLAH tidak dapat dibandiangkan dgn apa pon, kerana dia maha agung. Sesungguhnya ALLAH megetahui hamba-hambanya, keadaan hamba-hambanya. Dia menulis perkara yang akan berlaku keatas mereka. Manusia di muka bumi ini sedang mengadapi perperiksaan. Oleh kerna ilmu ALLAH meliputi semua makhlukNYA, Dia megetahui segala-galanya dan Dia telah menulis keputusan peperiksaan tersebut dilembaraNYA. Keputusan peperiksaan itu adalah terletak kepada kita, manusia…
“tidakkah ALLAH yg menciptakan sekalian makhluk itu mngetahui (segala-galanya?) Sedang DIA MAHA HALUS urusan pentadbirannya, lagi maha mendalam pengetahuannya” al-mulk 14
Oleh itu tidak betul sekiranya sesorang yang melakukan dosa dan melakukan kerosakan mnjadikan kesempurnaan ALLAH dan ilmuNYA yang meliputi makhluknya sebagai alasan terhadap perbuatan dosa dan kerosakakan yang dilakukannya
Sesungguhnya ALLAH taala mgetahui apa yang akan berlaku dan pengetahuannya(ilmunya) tidak memaksa sesuatu berlaku berdasarkan apa yang DIA tahu. ALLAH megetahui masa depan sesorang doctor menerusi ilmuNYA, doctor itu sendri yang akan berusaha kearahnya.
Sebagaimana pengetahuan guru mengenai pelajarnya tidak memaksa pelajarnya memberikan jawapan tertentu ketika peperiksaan, begitu juga ALLAH, baginya perumpaamaan yang agung dan DIA tidak boleh dibandaingkan denagn sesuatu. IlmuNYA meliputi semua perkara yang akan berlaku. Tetapi ILMUNYA tidak memaksa sesornag mengmbil pendirian dan melakukan sesuatu (kabaikan atau kejahatan) ketika menempuh peperiksaan dalm kehiduapan dunia ini.
Sekiranya ALLAH taala memaksa kita melakukan kebaikan, ketika itu tujuan dunia ini dijadikan sebagai tempat peperiksaan tidak akan memberikan apa-apa makna. Begitu juga dengan balasan pahala atau azab yang meyusul selepas itu.
Along……
ALLAH tidak takdirkan sesuatu, tetapi ia menakdirkan sesuatu yg dinilai atas usaha, kesungguhan dan doa dari kita. Mana mugkin along dapat lulus sekiranya along tidak siapkan tugas yg guru berikan, kurang latihan dan kurang tumpuan dalam kelas?? Adakah along igin meyalahkan ALLAH atas segala kekurangan dan kesalahan along???
Along ingatlah firman ALLAH dalam surah fatir ayat 15…
“wahai manusia! Kamulah yang memerlukan ALLAH, dan ALLAH Dialah Yang Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu)”
Jgn belajar salahkan sesuatu atas kekurangan diri kita, along… dan jangan belajar salahkan orang lain sebaliknya belajarlah kita bermuhasabah diri dan meperbaiki segala kekurangan sebaik mungkin.
Abi rasa sekadar itu sahaja utk pagi nei.. insyallah, apa yang mnjadi sunnah kita amalkan dan apa yang baik kita jadikan pedoman, mudahan segala amal kita diterima ALLAH dan kita kembali kepadaNYA dengan sebaik-baik pengakhiran. Kita tutup liqa kita dengan tasbih kafarah dan surah al –asr……
Selesai bersalaman, selalunya along dan achik akan membuat aktiviti masing-masing samaada menonton tv atau bermain sebelum tibanya waktu duhha. Tinggalah sepasang suami isteri diruangan solat sambil bertentangan mata dan berbalas-balas senyuman. Wafa tersenyum melihat seorang lelaki yang berjubah dan berserban kemas dihadapannya adalah suami tercintanya. Tidak dipercayainya bahawa dia memiliki seorang suami yang soleh keperibadiannya kepada isteri dan anak-anaknya walhal suaminya adalah seorang enginner bukan ustaz tapi mampu utk menjadi imam di masjid, mampu memberi kuliah dan tazkirah di majis-majis ilmu dan mampu menaiki mimbar masjid untuk berkhutbah. Lelaki itu benar-benar berada dihadapannya sekarang. Wafa memegang tangan suaminya lalu menciumnya, dan mengusap lembut tangan saiful.
“abg… wafa nak tnya skit bleh??”
“hmm hmm, knpa syg?”
“ knapa abg pilih wafa sebagai isteri abg? Sedangkan dahulu wafa bukanlah wanita yg baik-baik”
“mungkin dahulu wafa bukan baik, tetapi sekarang ya!!!.. wafa isteri abg yg solehah. Manusia mana yang tidak melakukan kesalahan wafa, sayidina umar al-khattab adalah orang yang dahulunya menentang islam berubah mnjadi amirul mukminin, pemimpin bg orag2 mukmin, Hindun binti utbah yang memamah hati saidina hamzah juga memeluk islam dan diampunkan dan ditinggikan martabatnya. Wafa.., bila ALLAH meyatukan dua hati menjadi satu dlm keadaan DIA redha, maka akan terbinalah satu keluarga yang akan saling memperbaiki kelemahan diantara kedua-duanya. Akan terlahir dari mereka generasi yang bertakwa. Insyallah wafa…
Abg bersyukur mempunyai seorang bidadari yang sntiasa menemani abg, yang menghiburkan abg, kadang-kadang dia menjadi tongkat untuk menyokong abg, kadang-kadang pula dia menjadi bunga utk mengindahkan hidup abg, dan kadang-kadang juga dia menjadi ubat yg mujarab utk merawat luka dan sakit abg.
Wafa tersenyum medengar kata-kata dari saiful..
“abg.. wafa nak minta sesuatu bleh? Abg tlg tutup mata for a few second..”
“huh?? Ok..”
Wafa memerhatikan wajah suaminya, wajah lelaki yang disayanginya dan dia mencium pipi suaminya tika suaminya memejamkan mata.
“terima kasih abg, kerana menjadi suami terbaik utk wafa dan ayah terbaik kpda anak-anak kita. Wafa sayang abg sangat-sangat”
Walaupon sudah 5 tahun berkahwin saiful masih tetap malu dengan wafa, mukanya merah padam apabila pipinya dicium isterinya.
“subhanallah, syg letak cop kat pipi abg ea?”
‘ahaa cop bhawa abg adalah milik wafa”
“syg perlu bertnggugjwab dgn apa yg syg lakukan td kpd abg, syg kna buatkan abg susu bleh??”
“hahaha baiklah sayangku”
Mereka sekeluarga akan sama-sama beriadah sebelum bersarpan pagi. Setelah selesai bersarapan mereka pula akan sama menunaikan solat duhha secra berjemaah,
Selesai duhha along dan achik akan sambung kembali aktiviti mereka, kadang-kadang saiful dan wafa akan berada diruangan tamu, wafa akan membaca buku-buka agama dan saiful akan menghafal quran sambil berbaring atas riba isterinya sehingga ia terlena dan dikejutkan kembali apabila wafa igin menyiapkan makanan tengah hari. Inilah cerita keluarga idaman kami GBB, INSYALLAH….INSYALLAH…INSYALLAH… AMIN YA RABB….

fuyoooh...dasyat wooo.....macam dalam mimpi plok...he3
ReplyDelete